Khamis, 3 Ogos 2017

Buah Durian

Salam bertani

Buah durian  sudah mula gugur di dusun WP. Peringkat permulaan (orang panggil 'buang buruk') ada buah-buah yang rosak dan berlubang ditebuk tupai. Musim buah durian gugur biasanya selama dua minggu. Minggu hadapan mungkin sudah banyak bekalan buah durian di pasaran.

Musim durian kali ini mungkin tidak banyak kerana pokok durian berbuah berperingkat-peringkat.
Ada buah durian yang sudah matang pada bulan puasa yang lepas, ada yang baru gugur sekarang dan banyak pokok durian sedang berbunga. Ini menyebabkan harga buah durian agak tinggi sekarang.


Kutipan pagi ini


Durian kawin


Durian kampung.

Sebahagian buah durian tidak menjadi kerana dimusnahkan oleh monyet.
Syukur Alhamdulillah ada juga hasil durian yang selamat sebagai rezeki tuan dusun.

Salam bertani.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan