Sabtu, 11 Januari 2025

Hari Ini dan Semalam

Assalammualaikum

Hujan turun berterusan seharian hari jumaat ini selepas lebih seminggu panas terik. Wak nak tunjukkan keadaan sungai di kawasan ragut lembu wak sebelum dan selepas hujan. Jom nenguk.



Keadaan sungai pada hari khamis sebelum hujan.
Sungai baru sahaja selesai diselenggara.


Seorang nelayan darat berdiri di tengah sungai
bersama jalanya.


Wak sedang menyeberangi sungai
Kasut pun boleh kelihatan.


Keadaan sungai  petang ini selepas seharian 
hujan lebat turun  pada hari jumaat.


Sudah hampir melimpahi tebing


Lembu-lembu ternakan wak di tebing sungai.
Harap-harap air sungai tidak melimpah ke kawasan ragut.

Salam bertani.



Rabu, 8 Januari 2025

WW 580 : Itu Kopi

 Assalammualaikum

Pn Is3    : Bapaknya pagi ni kita sarapan kat Warung Itu Kopi yok

Wak       : Jom


Sarapan kami berdua.
Itu Kopi 2 gelas (kopi vietnam)


Wak punya mi goreng daging


Pn is3 order mi champa sop


Itu Kopi Cafe

Salam bertani.

Jumaat, 3 Januari 2025

Olie Dalam Kenangan

 Assalammualaikum


20 feb 2016
Daftar diri sebagai majikan


2016


2016


2017


2017


2018
Olie pernah melahirkan 4 ekor anak.


2021


2022


2023


Dis 2024
Beberapa minit sebelum pemergiannya.


Olie Dalam kenangan

Salam bertani.

Ahad, 22 Disember 2024

Sembelih Ayam Mutiara

 Assalammualaikum

Wak sembelih dua ekor ayam mutiara jantan sebab suka buli ayam dan itik yang ada di kawasan reban. Jom tenguk


Ternakan ayam mutiara.
Ayam mutiara betina wak kurung dalam reban
 sebab mereka bertelur bersepah-sepah.


Sembelih dua ekor ayam mutiara jantan.
Seekor warna berbintik dan seekor putih.


Selesai buang bulu secara manual.


Buang kepala, kaki dan isi perut sebelum dicincang.


Ayam mutiara masak ungkep.


Menu hari ini.
Selamat menjamu selera.

Salam bertani.

Isnin, 16 Disember 2024

Tewasnya Penunggu Dusun

 Assalammualaikum

Dah beberapa kali wak terserempak dengan penunggu dusun ni. Wak pernah cakap kat dia, kalau nak selamat blahlah daripada dusun wak ni. Nak dijadikan cerita, pada pagi tadi wak terserempak lagi dengan dia, tunggu lama suruh dia pergi tapi dia pusing-pusing kat situ aje.

Wak ambil keputusan guna kuasa veto, terpaksa guna kekerasan untuk tamatkan riwayat penunggu dusun yang tidak diundang ini.


King cobra penunggu dusun.


Kepala dia boleh berdiri sehingga 2 meter.
Jadi wak belasah kepala dia dahulu.


Senjata yang dah siap sedia di dusun.
Kayu dengan hujung bercabang untuk memerangkap kepala dia.


Jerut dengan tali.


Hukum gantung sampai mati.


Salam bertani.