Salam bertani.
Hari ini wak memberikan baja organik kepada tanaman anak-anak durian di dusun. Baja organik ialah baja yang diperbuat daripada lebihan tanaman dan ternakan. Kelebihannya ialah ia mengandungi pelbagai unsur yang diperlukan oleh tumbuhan walau pun kandungannya sedikit. Yang pentingnya ia dapat menperbaiki struktur tanah dan menyimpan kelembapan tanah lebih lama. Harganya pun murah.
Baja organik yang wak gunakan
1. Mula2 buat alur sekeliling pokok
2. Taburkan baja di dalam alur tersebut.
3. Tutup semula alur tersebut.
4. Anak durian Nok Kracip siap dibaja.
Anak durian Puang Manee
Anak durian Kim Hong
Anak durian Musang King.
Anak durian Duri Hitam
Anak durian Duri Hitam
Anak durian Udang Merah
Anak durian Tekka @ Musang Queen.
Wak selesai membaja organik lebih kurang 60 pokok anak durian.
Salam bertani.
Banyak betul jenis pokok durian wak. Memang kena buat alur dan kambuskan semula ye. Biasa tengok tabur sekeliling je tak perlu buat alur. Lagi berkesan cara wak ni ye
BalasPadamTerbaik wak. memang bagus guna baja organik ni.
BalasPadamsebelum ni sy tahu beberapa jenis durian aje wak
BalasPadamMoga pokok-pokok durian Wak membesar dengan sihat dan cepat berbuah.
BalasPadambagus ni..bole suggest dgn my mom..
BalasPadamhari tu banyak jgk pokok durian tapi entah semua pokoknya mati padahal suda besar2..kesian pulak dgn my mom, sedih jgk dia semua pokok duriannya mati huhu
seronok tengok orang bertani.. kite takde tanah hehe
BalasPadamsebelum boleh makn durian kena beri makan pokok durian dulu kan
BalasPadamHasilnya masyuuukkkkkk
BalasPadamMashaALLAH..tak sabar ni nak tengok hasil!
BalasPadamtahun 2024 dah boleh dapat hasil ker lama sangat jangka waktu tu Wak.
BalasPadamBaja ni ibarat vitamin untuk tumbuhan kan Wak.
BalasPadamSeronoknya ada dusun.....
BalasPadamBerapa harga 1 beg Wak, banyaknya pokok nak membaja, moga subur sentiasa
BalasPadamtak sabar nak tgk wak update pokok2 ni dah membesar nanti
BalasPadambanyak sungguh jenis durian,, tak tahu punn :D. tahu makan ada lah. bagus tu wak semoga letak baja tu tumbuh subur
BalasPadammudah mudahan subur tanaman wak :)
BalasPadamBanyaknya jenis pokok durian... Mudah-mudahan semuanya cepat membesar. Tak sabar nak tengok hasilnya wak!
BalasPadamNanti boleh syor kat ayah guna baja ni
BalasPadamBanyaknya anak pokok durian wak! Tima kasih, wak, share camana nak membaja pokok. Saya tak buat alur tu. Saya pakai campak je baja, cuma jauh sikit dari batang pokok. Patut pokok durian belanda saya tak keluar-keluar buah. HEhe..
BalasPadamSedapnya durian. Kalau dah berbuah nanti panggil mama fau
BalasPadammudah2an subur kejadiannya..ameen
BalasPadam