Sabtu, 14 November 2020

Merun

 Salam bertani.

Hari ini wak kerja merun di kebun.  Merun bermaksud membakar untuk membersihkan kawasan kebun. Wak memerun sisa tebangan dua pokok rambutan jarum emas yang ditebang kira-kira sebulan yang lepas. Pokok rambutan tersebut wak tebang untuk digantikan dengan tanaman anak durian klon.


Api sedang marak diperunan.


Batang dan ranting rambutan dilonggokkkan
di tunggul pokok dan diperun.


Perunan pada tunggul pokok yang lain.


Perunan sedang marak


Perunan hampir selesai


Tunggul pokok selepas diperun.
Tunggul dan akar pokok akan mati.
Tunas baru tidak akan tumbuh.
Penanaman pokok baru bolehlah dimulakan.

Salam bertani.

29 ulasan:

  1. oooo baru tahu namanya merun kalau bakar2 macam ni ..
    hehe..

    BalasPadam
  2. Bersih. Senang hendak tanam pokok-pokok lain.

    BalasPadam
  3. wahhhh.. bestnya dah bersih lepas ni...

    BalasPadam
  4. Kalu kecik2 dulu bila merun cari Ubi kayu keledek jolok dlm bara smpi masak makan panas2

    BalasPadam
  5. Salam WP..
    Emak saya juga sebut sebagai merun. Selalunya perkataan itu merujuk kerja-kerja membakar sisa-sisa membersihkan kebun

    Kayu rambutan antara kayu api terbaik untuk memasak guna dapur kayu. Ini kerana kayu rambutan bara apinya hidup lama berbanding kayu getah cepat menjadi abu. (ini hanya dari pengalaman saya)

    BalasPadam
  6. kat kebun sentiasa ada kerja wak.

    BalasPadam
  7. Lama tak dengar perkataan memerun/merun ni. Abah kat kampung biasa guna perkataan merun ni. Merun ni orang johor je guna, kan?

    BalasPadam
  8. Halau nyamuk ni wak. Seronok merun ni wak..pantang ada dahan ke daun kering timbunkan je.

    BalasPadam
  9. Seronok kalau sesekali dapat bersihkan kebun macam nie..

    BalasPadam
  10. thank you wak.. tak pernah tau pun wujudnya perkataan merun ni.. mula baca tapi, mercun hahah rupanya merun

    BalasPadam
  11. Ala-ala unggun api pengakap pun ada!

    BalasPadam
  12. Merun daun dan dahan pokok rambutan ni senang terbakar dibandingkan pokok lain,apatah lagi bila cuaca panas.

    BalasPadam
  13. Ooo.. merun namanya. Barulah pokok lama mati ye.

    BalasPadam
  14. seronok kan ada kebun ni.. rindu pulak balik kg..

    BalasPadam
  15. Oh merun rupanya kata kerja untuk bakar2 ni hehe terima kasih wak, bertambah ilmu

    BalasPadam
  16. Dah tua begini, baru saya faham maksud merun. Waktu kecil dulu selalu dengar sembang-sembang emak bapak dengan jiran, ada disebut merun tapi tak tahu maksud.

    BalasPadam
  17. wahh merun bermaksud bakar. first time dengar. btw memang petani berjaya lani. Terbaik

    BalasPadam
  18. Rindu nak memerun sampah daun kering belakang uma Mak... kalau masa Mak ada rajin lee dengan dia merun sampah...

    BalasPadam
  19. teringat kat kampung kecik2 dulu masa belakang rumah mamak masih ada segala pepokok semak samun..kalo merun gini time cempedak tengah banyak, haa kami bakar cempedak sekali..sedap makan cempedak bakar lepas penat merun...

    BalasPadam
  20. Dulu masa kat kg memang suka memerun ni...selalu jadi volunteer kutip sampah ke sapu sampah

    BalasPadam
  21. wak ojo asek merun wae, mengko jerebu satu mesia., hahaha

    BalasPadam
  22. Rajin wak :) kebun durian ayah saya pun dah lapang skit..sng kutip durian luruh :)

    BalasPadam
  23. selalunya lepas seminggu, mak akan ambil tanah kawasan pembakaran untuk dijadikan baja2 pokok.

    BalasPadam
  24. Kat kampung je boleh memerun WP kat taman ni hutan batu jer...

    BalasPadam
  25. My bapa rajin keja camni lepas pencen. Duk bandar x dpt buat apa2. Rindu kampung

    BalasPadam
  26. Pertama kali dengar perkataan merun. Cik TK belajar perkataan baru hari ni!

    BalasPadam