Salam bertani
Petang tadi wak pergi kerja kat kebun kena hujan.
Bawa balik setuaian ubi kayu.
Besok bolehlah goreng ke, rebus ke.
Paginya wak pegi pekan beli makanan ayam.
Sekarung RM80.00 aje
Yang perang tu kira dah matanglah.
Baru perasan tadi, pokok abiu ni ada sebiji buah sulung.
Tengah lebat berbunga.
Hujan2 ni pukul 6 petang, ayam2 dah masuk reban.
Mereka pun ada kelompok.
Yang bawah B40
Yang tengah M40
Yang atas T20
Sampai 2 tandan sekali masak.
Hari2lah makan lempeng pisang, cekodok pisang dan kek pisang.
Susah cari baja ni
Sebeg 50 kg dekat RM200 harganya.
Baja untuk anak pokok durian.
Anak pokok durian musang king umur 2 tahun.
Di bawahnya tu tumbuh pokok sayur meranti.
Nak bagi baja Novatec Suprem.
Luka di tapak tangan nampak berdarah,
Luka di hati.........
Nasib baik hati wak tak luka.
Budak2 tepi sungai.
Suasana yang tenang dan nyaman.
Hujan2 ni budak Putih tidur ajelah.
Bangun, makan, tidur lagi.
Patutlah obes.
Salam bertani.
اسلام عليکم
BalasPadamDalam ramai-ramai makhluk di atas tu, saya rasa budak Putih tu paling bertuah. Tidak perlu bekerja, makan tidur sahaja & tidak perlu risau dikorbankan menjadi lauk.Disayangi semua pulak tu.. Rezeki dia,sampaikan Rasulullah pun sayang.
Kat rumah wak ni, kebanyakan kucing yang wak bela adalah kucing pendatang. Budak putih ni datang masa baby lagi, mungkin orang buang. Kedua2 matanya berkulapuk,sebab tu sampai sekarang matanya kena bersihkan dan bagi ubat.
PadamAssalamualaikum wak. Lama betul tak singgah kat blog Wak. Kali ni saya terhibur dengan blog Wak. Seronok betul saya tengok ayam2, lembu, kucing, ubi kayu.. mcm2 lah...
BalasPadamWkmsalam
PadamSemoga dipermudahkan urusan sehariannya
Assalamualaikum wak. Sedap ubi tu bila direbus. Nak² minum dengan kopi panas. Aduh! Terliur pulak bila mengenangkannya.
BalasPadamWkmsalam.
PadamBiasanya memang rebuslah.
Kalau ada baki ubi rebus tu, baru goreng tepung.
salam WP, macam best je kat rumah ada macam-mmacam kan..nak makan sayur ada keliling rumah, pisang bertandan2 masak..saya dok sini nak cari pisang goreng time ptg2 punyalah susah..huhu..
BalasPadamWkmsalam. beginilah kehidupan kampung.
PadamAsalkan kita berusaha, in syaa Allah sumber makanan sentiasa ada walau pun sunber kewangan tak berapa ada.
Luka di hati orang tak nampak Wak. Sendirilah menanggungnya ye.
BalasPadamBudak hitam 10 ekor tu nampak manis Wak.
Harap2 takdelah yang luka di hati.
PadamWak luka di tapak tangan aje, tetapi tetap pegang cangkul dan parang.
Ingatkan orang je yg ada kelompok ,rupanya ayam pun ado..
BalasPadamhuhu...
BalasPadamluka di hati, siapalah yang tahu.
wak, yang ayam spesis T20 tu boleh terbang nampaknya.
gurau je...
Harap2 LC takdelah luka di hati tu.
Padammemang resmi ayam, yang paling hebat akan tidur di tempat yang paling tinggi.
Wah! Semua hitam si anak yam tu?!
BalasPadamWah semuanya ada wak..lembu ayam .kat kebun tu silap2 rimau pun ada...
BalasPadammknan ayam jenis apa tu murah 80..kat tpt sy kalu GC 50kg rm118
Cap persahabatan daripada kilang di Pasir Gudang.
PadamWak tak beli di kedai tetapi di reban ayam sebab tu dapat murah sikit sebab dia dapat supply derect daripada kilang.
terbaik wak ... seronok tgk hasil.
BalasPadamBuat ubi rebus cicah sambal tumis sedap tu wak. pertama kali tengok pokok abiu. memang nama dia begitu dan tumbuh buahnya agak pelik.Luka kenapa tu wak, seram tengoknya
BalasPadamkerka kebun ni kalau kena luka2 kecik ni biasalah.
PadamFuh risau juga kakau hati wak yang luka hehehe
BalasPadamDah tua2 ni biasanya jarang hati luka
Padamhati sakit mungkinlah.
Tak tahan juga nak tangkap 10 ekor budak hitam. Sana seekor berapa harganya wak?
BalasPadamWaduh dulu sekarung makanan ayam RM50 boleh dapat, makin naik nak harganya dengan laju.
Hahaha ayam pun ada kata juga ka.
Budak hitam tu RM32 untuk sepuluh ekor.
PadamBaka ayam kampung kacuk.
Yang betina nanti wak nak jadikan induk, kacukkan dengan pejantan siam pula.
hahhaa..mujur hati pakcik ad yg mengubati..sodap ehh makan cekodok hri2
BalasPadamKadang jemu juga Mas.
PadamPetang ni tadi ngadap pisang goreng pula.
woah banyaknya hasil! bila tgk pos ni, dpat reflection betapa banyaknya nikmat yg Allah bagi untuk kita.
BalasPadamAsalkan kita rajin berusaha, pasti Allah akan turunkan rezekinya.
Padamsalam WP,boleh kongsi tak tips untuk elak babi hutan dan monyet kacau tanaman kita? tak mampu nak pasang pagar elektrik
BalasPadamkebun wak berpagar, jadi monyet dan babi segan sikit nak masuk.
PadamHaha ayam pun ada kelompok!!! Anak2 ayam hitam tu comel la wak!
BalasPadamUii tangan tu wak.. kita pula terasa sakit menengoknya. Kenapa tu wak? Nasib baik hati tak luka tu wak!
Si putih last tu paling best. Rileks je dok situ ye?
10 dak hitam..hahaha
BalasPadamish wak hati2 tgn tu..seronok la tgk kehidupan kg, aman damai dapat bercucuk tanam, berternak
Wak dulu sekolah tak pandai,
Padamjadi inilah kerja yang wak boleh buat sampai ke tua ni.
Bestnya wak. Tak perlu beli dah pisang, ubi, sayur, buah.
BalasPadamNasib baik hati wak tak luka
BalasPadamHarap2 begitulah
PadamBoleh tahan harga Bajanya Wak..
BalasPadamTu baja import yang berkualiti.
PadamDalam RM180 harganya.
hujan-hujan senang nak nyabut ubi ye wak... sedapnya layan ubi godok wak oi... tak pun ubi goreng dengan garam kunyit
BalasPadamgalak berbuah semua pokok buahan wak...
pisang tu kalau kat kampung seronok boleh bagi jiran -jiran tapi kalau jiran pun dh ada banyak tanaman dan hasil memang kene habiskan sendiri lah hehehe...
yelah kt rumah tu pun kucing tu asik tido je, geram kadang
Ubi indon ni tahan disimpan.
Padamsampai seminggupun tak masu angin.
Tapi tu dah lebih tua.
kena godog lama sikitlah baru empuk.
ubini biasanya orang buat tapai.
perghhh..punch line wak ^_^
BalasPadamLuka di hati tak siapa tahu wak ^_^
Harap2 tiadaah yang luka di hati ye
PadamPokok abiu tu species mangga ke Wak? Nampak daun macam daun mangga 🤔
BalasPadamBukan.
Padamia berbunga dan berbuah di dahannya.
Bunganya satu2, tak bertangkai macam mangga.
Lebih kurang macam cikulah.
Cuba tanya en. google.
Wowww..bestnya wak dah pandai balas komenla. Dulu saya tak ingat saya tanya apa pun saya tak ingat, saya dok ulang tengok kalo2 wak balas jawab, tapi sampai sudah wak tak jawab..kiki
BalasPadamyang dah lepas ni jarang wak bukak balik.
Padamsetakat balas komen tu memanglah reti, tapi jarang2 ada masa.
Yang penting2 wak cubalah jawab.
meriahnyaaa Wak kawasan sekeliling.. ada lembu ada ayam ada kucing.. ada pokok2 tanaman lagi. sooo serene wak tenang !!
BalasPadamAktiviti orang kampung macam nilah.
PadamAlolo comeynyd so putih tido gitu. Suka mama tgk hasil tanaman wak
BalasPadamlagu 10 budak hitam tu agaknya asal dari ayam ek?
BalasPadamubi kayu tu sedap kalau dibuat tapai
BalasPadamAlahai.. manjanya si putih tu.. melentok je ek baring dlm tu
BalasPadamNgilu tapak tangan SA tgok wak nyer tangan luka tu ha...bukan main lagi si putih eh..buah Abiu tu buah apa wak?
BalasPadamBuah abiu ni lebih kurang macam buah ciku.
PadamMasa muda warna hijau dah masak jadi kuning.
Isinya macam isi cikulah.
sepuloh bocah ireng., ;p
BalasPadamHireng is charming
PadamNak ubi kayu sikit 😂
BalasPadamwahh ubi kayu tu..stimbunnn..hehe Alhamdulillah
BalasPadam