Sabtu, 21 November 2020

JDT 06

 Salam bertani


Petang tadi wak  pergi kerja kat kebun kena hujan.
Bawa balik setuaian ubi kayu.
Besok bolehlah goreng ke, rebus ke.


Paginya wak pegi pekan beli makanan ayam.
Sekarung RM80.00 aje


Ambil sekali 10 budak hitam ni.
Kat reban dah ada 18 ekor baru menetas.


Yang perang tu kira dah matanglah.


Baru perasan tadi, pokok abiu ni ada sebiji buah sulung.
Tengah lebat berbunga.


Hujan2 ni pukul 6 petang, ayam2 dah masuk reban.
Mereka pun ada kelompok.
Yang bawah B40
Yang tengah M40
Yang atas T20


Sampai 2 tandan sekali masak.
Hari2lah makan lempeng pisang, cekodok pisang dan kek pisang.


Susah cari baja ni
Sebeg 50 kg dekat RM200 harganya.
Baja untuk anak pokok durian.


Anak pokok durian musang king umur 2 tahun.
Di bawahnya tu tumbuh pokok sayur meranti.
Nak bagi baja Novatec Suprem.


Luka di tapak tangan nampak berdarah,
Luka di hati.........
Nasib baik hati wak  tak luka.


Budak2 tepi sungai.
Suasana yang tenang dan nyaman.



Hujan2 ni budak Putih tidur ajelah.
Bangun, makan, tidur lagi.
Patutlah obes.
Salam bertani.

58 ulasan:

  1. اسلام عليکم
    Dalam ramai-ramai makhluk di atas tu, saya rasa budak Putih tu paling bertuah. Tidak perlu bekerja, makan tidur sahaja & tidak perlu risau dikorbankan menjadi lauk.Disayangi semua pulak tu.. Rezeki dia,sampaikan Rasulullah pun sayang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kat rumah wak ni, kebanyakan kucing yang wak bela adalah kucing pendatang. Budak putih ni datang masa baby lagi, mungkin orang buang. Kedua2 matanya berkulapuk,sebab tu sampai sekarang matanya kena bersihkan dan bagi ubat.

      Padam
  2. Assalamualaikum wak. Lama betul tak singgah kat blog Wak. Kali ni saya terhibur dengan blog Wak. Seronok betul saya tengok ayam2, lembu, kucing, ubi kayu.. mcm2 lah...

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum wak. Sedap ubi tu bila direbus. Nak² minum dengan kopi panas. Aduh! Terliur pulak bila mengenangkannya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wkmsalam.
      Biasanya memang rebuslah.
      Kalau ada baki ubi rebus tu, baru goreng tepung.

      Padam
  4. salam WP, macam best je kat rumah ada macam-mmacam kan..nak makan sayur ada keliling rumah, pisang bertandan2 masak..saya dok sini nak cari pisang goreng time ptg2 punyalah susah..huhu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wkmsalam. beginilah kehidupan kampung.
      Asalkan kita berusaha, in syaa Allah sumber makanan sentiasa ada walau pun sunber kewangan tak berapa ada.

      Padam
  5. Luka di hati orang tak nampak Wak. Sendirilah menanggungnya ye.
    Budak hitam 10 ekor tu nampak manis Wak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Harap2 takdelah yang luka di hati.
      Wak luka di tapak tangan aje, tetapi tetap pegang cangkul dan parang.

      Padam
  6. Ingatkan orang je yg ada kelompok ,rupanya ayam pun ado..

    BalasPadam
  7. huhu...

    luka di hati, siapalah yang tahu.

    wak, yang ayam spesis T20 tu boleh terbang nampaknya.

    gurau je...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Harap2 LC takdelah luka di hati tu.
      memang resmi ayam, yang paling hebat akan tidur di tempat yang paling tinggi.

      Padam
  8. Wah semuanya ada wak..lembu ayam .kat kebun tu silap2 rimau pun ada...

    mknan ayam jenis apa tu murah 80..kat tpt sy kalu GC 50kg rm118

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cap persahabatan daripada kilang di Pasir Gudang.
      Wak tak beli di kedai tetapi di reban ayam sebab tu dapat murah sikit sebab dia dapat supply derect daripada kilang.

      Padam
  9. Buat ubi rebus cicah sambal tumis sedap tu wak. pertama kali tengok pokok abiu. memang nama dia begitu dan tumbuh buahnya agak pelik.Luka kenapa tu wak, seram tengoknya

    BalasPadam
    Balasan
    1. kerka kebun ni kalau kena luka2 kecik ni biasalah.

      Padam
  10. Fuh risau juga kakau hati wak yang luka hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah tua2 ni biasanya jarang hati luka
      hati sakit mungkinlah.

      Padam
  11. Tak tahan juga nak tangkap 10 ekor budak hitam. Sana seekor berapa harganya wak?
    Waduh dulu sekarung makanan ayam RM50 boleh dapat, makin naik nak harganya dengan laju.
    Hahaha ayam pun ada kata juga ka.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Budak hitam tu RM32 untuk sepuluh ekor.
      Baka ayam kampung kacuk.
      Yang betina nanti wak nak jadikan induk, kacukkan dengan pejantan siam pula.

      Padam
  12. hahhaa..mujur hati pakcik ad yg mengubati..sodap ehh makan cekodok hri2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kadang jemu juga Mas.
      Petang ni tadi ngadap pisang goreng pula.

      Padam
  13. woah banyaknya hasil! bila tgk pos ni, dpat reflection betapa banyaknya nikmat yg Allah bagi untuk kita.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Asalkan kita rajin berusaha, pasti Allah akan turunkan rezekinya.

      Padam
  14. salam WP,boleh kongsi tak tips untuk elak babi hutan dan monyet kacau tanaman kita? tak mampu nak pasang pagar elektrik

    BalasPadam
    Balasan
    1. kebun wak berpagar, jadi monyet dan babi segan sikit nak masuk.

      Padam
  15. Haha ayam pun ada kelompok!!! Anak2 ayam hitam tu comel la wak!

    Uii tangan tu wak.. kita pula terasa sakit menengoknya. Kenapa tu wak? Nasib baik hati tak luka tu wak!

    Si putih last tu paling best. Rileks je dok situ ye?

    BalasPadam
  16. 10 dak hitam..hahaha
    ish wak hati2 tgn tu..seronok la tgk kehidupan kg, aman damai dapat bercucuk tanam, berternak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wak dulu sekolah tak pandai,
      jadi inilah kerja yang wak boleh buat sampai ke tua ni.

      Padam
  17. Bestnya wak. Tak perlu beli dah pisang, ubi, sayur, buah.

    BalasPadam
  18. Balasan
    1. Tu baja import yang berkualiti.
      Dalam RM180 harganya.

      Padam
  19. hujan-hujan senang nak nyabut ubi ye wak... sedapnya layan ubi godok wak oi... tak pun ubi goreng dengan garam kunyit

    galak berbuah semua pokok buahan wak...
    pisang tu kalau kat kampung seronok boleh bagi jiran -jiran tapi kalau jiran pun dh ada banyak tanaman dan hasil memang kene habiskan sendiri lah hehehe...

    yelah kt rumah tu pun kucing tu asik tido je, geram kadang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ubi indon ni tahan disimpan.
      sampai seminggupun tak masu angin.
      Tapi tu dah lebih tua.
      kena godog lama sikitlah baru empuk.
      ubini biasanya orang buat tapai.

      Padam
  20. perghhh..punch line wak ^_^
    Luka di hati tak siapa tahu wak ^_^

    BalasPadam
  21. Pokok abiu tu species mangga ke Wak? Nampak daun macam daun mangga 🤔

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan.
      ia berbunga dan berbuah di dahannya.
      Bunganya satu2, tak bertangkai macam mangga.
      Lebih kurang macam cikulah.
      Cuba tanya en. google.

      Padam
  22. Ayam ada, lembu ada kucing pun ada.. kalau hati terluka dah ada tempat mengadu tu..hahah

    BalasPadam
  23. Wowww..bestnya wak dah pandai balas komenla. Dulu saya tak ingat saya tanya apa pun saya tak ingat, saya dok ulang tengok kalo2 wak balas jawab, tapi sampai sudah wak tak jawab..kiki

    BalasPadam
    Balasan
    1. yang dah lepas ni jarang wak bukak balik.
      setakat balas komen tu memanglah reti, tapi jarang2 ada masa.
      Yang penting2 wak cubalah jawab.

      Padam
  24. meriahnyaaa Wak kawasan sekeliling.. ada lembu ada ayam ada kucing.. ada pokok2 tanaman lagi. sooo serene wak tenang !!

    BalasPadam
  25. Alolo comeynyd so putih tido gitu. Suka mama tgk hasil tanaman wak

    BalasPadam
  26. lagu 10 budak hitam tu agaknya asal dari ayam ek?

    BalasPadam
  27. Alahai.. manjanya si putih tu.. melentok je ek baring dlm tu

    BalasPadam
  28. Ngilu tapak tangan SA tgok wak nyer tangan luka tu ha...bukan main lagi si putih eh..buah Abiu tu buah apa wak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Buah abiu ni lebih kurang macam buah ciku.
      Masa muda warna hijau dah masak jadi kuning.
      Isinya macam isi cikulah.

      Padam
  29. wahh ubi kayu tu..stimbunnn..hehe Alhamdulillah

    BalasPadam