Khamis, 23 April 2020

Tuaian PKP Ramadan

Salam bertani

Alhamdulillah, petang semalam hujan turun dengan lebatnya setelah sekian lama tidak hujan.
Jadi pagi ini wak tak menyiram tanaman. Dapatlah membuang rumput di kawasan tanaman keladi.
Selebihnya wak jalan-jalan round kebun sambil mengutip sedikit hasil. Lagi pun besok dah nak puasa. Selamat menyambut Ramadan Kareem. PKP pun tambah dua minggu lagi.



Tuai buah jambu bertih, buah nanas madu, buah betik,
buah limau kasturi, bunga kantan merah dan serai gajah.


Pucuk ubi pulut tu ada jran pesan.
Serai nak buat air detox soda untuk berbuka.


Yang ni untuk kegunaan sendiri.


Buah betik ni perlu diperam 2 hari lagi.


Buah pisang jari buaya yang diperam beberapa hari
 lepas dah matang.
Boleh digoreng atau buat cekodok untuk berbuka esok.


Kudapan sambil nonton tv 'Bachelor Japan'
lepas solat tarawih tadi.

Salam bertani.

17 ulasan:

  1. Alhamdulillah rezeki sambut ramadhan ye Wak.

    BalasPadam
  2. Sini pun banyak jambu air. Makanlah buah banyak-banyak.

    BalasPadam
  3. lamanyaaa x makan jambu jenis tu..
    sangattt lama.. kat rumah nenek rasanya nenas da blh amek
    tpi tula walaupun sejengkal tp ada roadblock hehe..

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah..banyak rezeki buah-buahan tanaman wak.

    BalasPadam
  5. Wah nampaknya dah ada menu berbuka hari ni tu....yg pasti esok up air detox soda,betul tak WP hihi

    BalasPadam
  6. Pucuk ubi tu buat urap sedapnyaaa Wak..

    BalasPadam
  7. Salam.ramadhan wp..sedapnya pisang tu kalau sudah digoreng.PKP ni nak cari pisang pun susan.bila cod..harganya jd mahal.susah dpt yg panas lepas goreng.

    BalasPadam
  8. Wah..rezekinya berlambak..alhamdulillah

    BalasPadam
  9. jambu bertih is my favourite. tuang kicap, owh.. sedap.

    BalasPadam
  10. Fuhyooo nama pisang tuuu...haahaha..nicee

    BalasPadam
  11. bestnya ada kebun buah! seronok tengok. kalau rumah saya ada tanah,seronok juga bercucuk tanam. tapi malangnya duduk bandar,semua bersimen. huhu


    pertama kali tengok pisang jenis gitu. Serai pun gemuk2 ya

    BalasPadam
  12. SubhanAllah. elok2 buah nya.. ^_^

    BalasPadam
  13. alhamdulillah, meriah hasilnya...

    BalasPadam
  14. Meriah. Mcm2 ada. Bunga kantan sedap buat ulam makan gitu je dgn asam pedas

    BalasPadam
  15. Tak rugi berbudi pada tanah

    BalasPadam
  16. Seronok nya Ada hasil sendiri ye WP..
    Yg best Tu jambu bertih Tu..
    Lama tak jumpa..

    BalasPadam
  17. Jambu merah tu dah lama tak jumpa.. Suka makan..

    BalasPadam