Jumaat, 17 April 2020

Kebun Kelapa Sawit Tepi Sungai

Salam bertani

Pagi ini wak kerja kat kebun kelapa sawit di tepi sungai bersebelahan dengan tempat wak menggembala lembu. Kebun kelapa sawit ini asalnya adalah kawasan tanaman dusun yang diusahakan oleh arwah bapak wak dulu. Ada pokok durian, cempedak, kuini dan duku.  Akhirnya pokok-pokok buah-buahan tersebut terpaksa wak tebang kerana serangan monyet yang sangat serius sehingga tidak pernak mendapat hasil. Alhamdulillah kini tanaman kelapa sawit yang berumur hampir lima tahun sudah mendatangkan hasil.



Sepohon kelapa sawit yang sudah mengeluarkan hasil


Kebun kelapa sawit yang terletak di tepi sungai.
Rizab sungai wak jadikan padang ragut ternakan lembu.
Rumput ragut yang berkurangan kerana musim kemarau.
Kelihatan lembu wak sedang meragut rumput.


Wak kerja potong pelepah sawit dan susun
di tengah-tengah barisan pokok sawit.


Pokok sawit selepas dipotong pelepahnya. 


Pokok paku pakis suka hidup menumpang
di batang pokok sawit.


Pokok paku pakis yang wak buang daripada
batang kelapa sawit.


Keadaan pokok-pokok kelapa sawit selepas dibrowning


Minggu depan potong buah pula.


Pahat pemotong pelepah dan buah kelapa sawit
yang wak gunakan.

Salam bertani.

34 ulasan:

  1. Bersih kebun kelapa sawit atuk. Boleh main kejar-kejar dalam kebun 😁

    BalasPadam
  2. terbaik... buat keluar peluh..badan sihat, hasil lumayan.

    BalasPadam
  3. Sekali menyawit dapat berapa tan wak? Hehe

    BalasPadam
  4. Nampak bersih dan teratur kebun sawit wak

    BalasPadam
  5. Bapa sy ada kebun sawit jugak, tapi adik yg urus. Hari tu try pergi kerat buah sawit pakai pemotong tu..kali pertama buat... tak larat hahaha... Mungkin ada kaedah dia tengok adik saya buat ok jer... Nampak macam luas jer kebun sawit wak tu...

    BalasPadam
  6. Monyet tak kacau ke buah2 sawit tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Macam tak kacau sebab satu kampung ni tamanan sawit belaka.

      Padam
  7. Bersih kebun kelapa sawit Wak. Mudah-mudahan hasilnya berterusan lumayan.

    BalasPadam
  8. seronoknya wak mesti tak terasa musim pkp kalau duk melayan hasil2 yang meriah ni.. pandai wak jaga kebun bersih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rutin wak macam sama aje walaupun semasa PKP
      Jaga ayam, jaga lembu, jaga sawit, jaga dusun
      Cuma jarang2 ke pekan ajelah.

      Padam
  9. KAWASAN KEBUN SAWIT NMPK TENANG SANGAT MCM NAK BERKELAH JA KAT SNA ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dulu2 kalau penat kerja wak terjun ke sungai sejukkan badan.
      Dah tua ni tak buat lagilah.

      Padam
  10. BERSIH TERJAGA KEBUNNYA N BANYAK BUAH YG BOLEH DITUAI...NAK COP BUAH SAWIT TU MESTI KUAT KUDRATNYA

    BalasPadam
  11. Lapang, kemas je kebun Wak.
    Siap pakej sungai...mmg terapi jiwa sungguh. Untung Wak.

    BalasPadam
  12. Alhamdulillah.Hidup dan berbuah..rezekinya untuk kelangsungan hidup..syukur sangat-sangat.

    BalasPadam
  13. wak nak tanya. kenapa pokok kelapa sawit ni rendah ?
    usually tengok yang tinggi baru ada buah kan ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pokok kelapa sawit menang rendah dah keluarkan hasil.
      Dalam 2 tahun gitu.
      Kelapa sawit wak tu umur dalam 4 tahun.
      Tapi kelapa sawit muda, tandannya kecil sikitlah.

      Padam
  14. kat kampung saya kebun getah ja..tapi ada jugak kebun kelapa sawit sebelah kebun saya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wak pun ada kebun getah tapi dan naik hutan
      Dah lama tak toreh sebab harga getah murah sangat.

      Padam
  15. Saya anak Felda jadi merasalah kutip buah sawit relai. Masa Arwah Abah ada dulu pergi. seronok bila kenang

    BalasPadam
  16. senang buat kerja kelapa sawit rendah macam ni. nak bersihkan pelepah pun senang.

    BalasPadam
  17. Selamat bertani. Semoga dimurahkan rezeki..

    BalasPadam
  18. Rendang pokok nyer dah berbuah lebatπŸ‘πŸ‘

    BalasPadam
  19. Pernah beberapa kali singgah kebun arwah abah dulu. kebun kongsi dengan kawan abah. kadang2 jenguk,saya tak sanggup nak ikut sbb seram kadang2 masuk ladang tu.. huhu

    BalasPadam
  20. Wak kutip sendiri ke buah kelapa sawit tu?? rendah2 ok lg la..

    BalasPadam
  21. Pakai mask jugak ke WP dlm kebun tu? Dak pegah opo?

    BalasPadam