Pagi ini wak mengejar dua ekor ayam kampung bujang untuk disembelih. Semua kerja memproses ayam wak buat sendiri secara manual. Sembelih, buang bulu sehinggalah siap dipotong. Simpan dalam beberapa bekas buat stok bulan ramadan. Fikir nak masak apa, itu tugas pn isteri wak pula.
Siap proses dua ekor ayam kampung.
Asingkan bahagian isi, tulang dan organ dalaman.
Selepas disembelih, ayam dibersihkan
daripada kotoran dan darah.
Kemudian direndam dalam air panas
untuk memudahkan mencabut bulunya.
Siap cabut bulu ayam secara manual.
2 ekor seberat 7 kg.
Ayam diganggang pada api dapur untuk membersihkan
bulu-bulu halusnya sebelum dipotong.
Sebahagian daripada ayam yang siap diproses.
Salam bertani
wah...ayam kampung...
BalasPadamsalam ramadhan...
dulu masa atuk still ada rajinla dia tngkp ayam sendiri. now kitorng bela buat jual ke semua penakot.. gulai ayam kampung sedapnya !!
BalasPadamya ampun seronoknya. dulu kalau balik kampung ini la menunya. paling best arwah abah memang suruh anak menantu kejar ayam sampai dapat
BalasPadamHasil lumayan..jimat sekali wak..alhamdulillah..
BalasPadamCecah lima kilogram..berat, banyak isi
BalasPadambetul ke wak kejar ayam tu? hahaha tak boleh bayang. Teringat masa kecik dengan ayah saya... kami buat jerat, tabur hampas nyiok... la ni, kat kampung nak makan ayam masuk dalam gok dia... bawak makanan, dia mai makan tangkap...
BalasPadamdulu kalau sembelih buat macam wak buat jugak... boh dalam air panas nak bagi senang cabut bulu. Masa kecik lagi lah. Kalut cabut bulu sementara badan dia panas2 = kena marah dgn mak kalau main2 masa cabut bulu hahaha. Baru-baru nibalik kampung, mak sy tak cabut dah bulu, dia selirat je kulit ayam.. togel terus.
Gemuk ayam kampung Wak tu, 2 ekor jer berat camtu... Orang yang selalu supply ayam kampung kat saya dah takde, klau teringin kena beli lah kt pasar.
BalasPadamwah... untung la ada bela ayam sniri .. sdp nya makan ayam kg
BalasPadamTeringat masa kecik dulu kejar ayam, lepas tu kena paksa tolong arwah ayah pegang leher ayam masa nak sembelih..
BalasPadamSedapnya ayam kpg..masak rendang..
Masa kecik kalay sembelih ayam belaan sendiri memang dana la bahagian buang bulu, pastu bila besar sikit adik2 amik alih tapi kite kene kerjakan ayam siap kerjakan usus lg wak oi
BalasPadamSedapnya masak rendang..tak pun kari..tomyam.Biasa ayam kampung kami masak tiga menu ni je Wak.
BalasPadamberat jugak tu 7kg untuk 2 ekor..alhamdulillah, takpe, boleh simpan sampai habis pkp..
BalasPadamBULAN POSA AYAM XKUAT LARI SENANG JE NAK TANGKAP KAN WAK
BalasPadamGemuk ayam tunnampak je kecik
BalasPadambanyak juga tu 7kg..takpela wak boleh buat macam macam resepi..selamat berpuasa wak
BalasPadamayam kampung ni paling sedap masak sup halia ataupun kita selalu buat 'pansuh', masak dalam buluh.
BalasPadamjimat bnyk ni. klu beli, 2 ekor tu dah berapa la agaknya, ek?
BalasPadamWah ayam kampung. Masak gulai pun sedap ni.
BalasPadamSedapnya...kalau ayam kg saya suka msk gulai,takpun msk lemak cili api..
BalasPadamtetiba terbayang gulai ayam kampung.. sedap nye
BalasPadammasa kecik2 dulu pernah membantu ayah menangkap ayam dalam reban blkg rumah, tolong pegang ayam semasa ayah sembelih ayam dan tolong cabut bulu ayam... tapi itu dulu, kenangan manis..... sekarang beli ayam dah siap togel, kdg2 dah siap goreng :-)
BalasPadamboleh bayang duk kejar ayam tu
BalasPadamRindunya nak cabut bulu ayam. Hehebe
BalasPadamlama dah tak tgk suasana macam ni. last time budak2 dulu
BalasPadambesarnya...mesti byk isi
BalasPadambgusnya wak ni. mmg jimat mcm ni kan. dari lauk sayo, aym semua homemade.hehe
BalasPadamuntuk ayam kampung yang diternak bebas dan ia makan apa sahaja yang ditemuinya, sebelum disembelih ia hendaklah ditangkap, dikurung dahulu dalam jangkamasa 3 hari dan diberikan makan makanan yang bersih dan halal seperti jagung @ beras untuk menjamin kebersihan tembolok, perut dan ususnya...barulah ia menjadi makanan yang halalan toyibbah...pesan drp ustaz tengku zulkarnain (pendakwah dr Acheh )
BalasPadamAyam kampung kalau buat rendang sedap ni...
BalasPadamSenang tak kejar ayam tu WP?
Sedap ayam kampung masak rendang. Berbaloi lah mengejar lauk.
BalasPadamNostalgia sungguh!
BalasPadamSaya pun pernah ada kenangan kejar ayam. Ayam keletihan menyorok dalam semak, kita pun penat sama tapi dapatlah tarik ayam tu keluar semak.
kalau balik rumah mertua, abah mertua akan mintak cucu-cucu kejar ayam utk disembelih..seronok depa mengejar ayam..haha..
BalasPadamKalau dekat boleh order....
BalasPadamTeringat masa kecik kecik dulu nak makan ayam kena buat ginilah.... dpd sembelih, cabut bulu ayam, sampailah siap... dulu dulu sukalah tolong mak cabut bulu ayam sekarang ni kalau kena buat sendiri mmg sanggup tak payah makan hahahha
Saya mengejar lauk dipsar je WP..
BalasPadamAda beli ayam kg..
Ingat nak buat Soto utk juadah berbuka puasa..
Ini betul-betul nikmat makan ni. Bahan utama ditangkap, sembelih sendiri 😊
BalasPadamBestmya boleh bela. Boleh bercucuk tanam. Saya pun jemu makan ayam dah. Tp sebab itu mudah dibeli dan dimasak. Perlbagaikan menu. Apa kata suruh isteri wak buat serunding ayam. Tahan lama.
BalasPadamBesar ayamnya dan berat..
BalasPadam