Wak nak tunjukkan pelbagai jenis pokok pisang (dan buahnya) yang pernah wak tanam di sekeliling rumah dan di kawasan kebun. Ada buah pisang yang dijadikan makanan pencuci mulut, dijadikan pisang goreng, kerepek pisang, pisang salai, kek, cekodok, lempeng, bubur, pengat dan kuih muih. Selain buahnya, jantung pisang juga boleh dijadikan sayuran. Daun pisang juga berguna untuk membungkus pelbagai jenis makanan.
pisang raja talon
pisang kapas
pisang jari buaya
pisang asam
pisang lilin
pisang nangka
pisang berangan
pisang masak hijau
pisang susu
pisang serendah
pisang nipah
pisang tanduk
pisang raja udang
pisang awak
pisang rastali
pisang boyan (40 hari)
pisang lemak manis
Salam bertani.
Banyaknya jenis pisang, baru saya tahu..yang bestnya semua pokok pisang tu sedang berbuah dan tunggu masa untuk dituai..rezeki pada WP sekelaurga yang rajin berbudi pada tanah..:)
BalasPadamSubhanallah...banyak species pisang..pisang jari buaya..unik namanya..
BalasPadamBanyaknya pisang WP. Lama tak menjengah WP di sini.
BalasPadambyak pula jenis pisang.. nampak mcm sama je huhu.... kena byak belajar mengenal jenis buah dan sayuran..
BalasPadambanyak lagi jenis pisang yang ana tak tahu namanya wak hehe :)
BalasPadamyang paling kenal pisang tanduk dengan nipah je..yang lain kalau ditanya memang tak tahu lah. huhu
BalasPadamKalau di Kelate ada pisang kelat keling (rastali) dan pisang kelat lega...
BalasPadamAllah.. Banyak jenis rupanya pisang ini.. Ada yang Sha tak pernah dengar dan tengok.. Sha panggil pisang je.. hehehe..
BalasPadamPisang raja udang tu WP ada orang percaya berpenunggu, buah dia tak boleh makan, sampaikan pokok yang bapak mertua saya tanam dia suruh tebang....sian jer,
BalasPadamTu kepercayaan sesetengah masyarakat kita pada masa dulu.
PadamWak ada tanam beberapa rumpun pisang raja udang ni.
Buahnya sedap dibuat kek, cekodok atau lempeng sebab teksturnya halus dan wangi aromanya.
Bnyk nya jenis pisang...mcm mana nk kenal pokok pisang tu jika blom berbuah...sbb kt rumah sy ada pokok pisang tpi x tau pisang apa...mintak pencerahan WP
PadamKalau pokok2 pisang yang biasa ni wak kenal melalui bentuk daun dan fizikal pokok. Lagi pun pokok pisang yang wak tanam tentulah wak tahu jenisnya.
PadamBanyaknya varieti pisang...
BalasPadamPELBAGAI JENIS PISANG ADA DI KEBUN WP YA
BalasPadamNama je pisang tapi jenisnya macam-macam. Buat kek pisang pun sedap.
BalasPadamWah...seronok tengok!
BalasPadamPisang susu tu mcm tak pernah tau & nampak.
Pisang 40 hari dengan pisang manis berbeza ya WP?
BalasPadamNampak macam lebih kurang.
Tadi minta Mr. A belikan pisang nangka teringin nak makan pisang goreng tak de orang jual pulak puas dia round katanya.
Pisang 40 hari dengan pisang lemak manis berbeza.
PadamTapi pisang lemak manis lebih sedap.
Selain pisang nangka, pisang nipah, pisang tanduk, pisang berangan, pisang lilin pun boleh digoreng.
Pisang tanduk tu sedapnya buat kerepek..alhamdulillah banyak jenis pisang di kebun Wak.
BalasPadamOmbo tenan kebon ne wak..pirang ikel
BalasPadamNandur keliling umah waei kang
PadamTanah sekangkang ketek
Wahh hari ni saya belajar jenis2 pisang! heeee ^_^
BalasPadambanyak gak nama yang tak pernah dengar.
BalasPadamsuka sangat pisang. boleh buat memacam. besttt..
Macam-macam nama. Memang tak kenal kalau tengok pokok.
BalasPadamkebun wak ke...
BalasPadamHa aa
PadamTanam keliling rumah dan sedikit di kebun
banyaknya jenis pisang! lepas ni kalau tak tahu nama pisang, boleh rujuk entri wak ni!
BalasPadamAssalamualaikum Wak,
BalasPadamMelihat tanaman pisang Wak ini, teringat zaman kecil saya, memang selalu ikut emak dan arwah ayah ke kebun. Banyaklah tanaman kontan di kebun selain pisang, ubi keladi, keledek, jagung, serai, tebu, kacang hijau dan macam-macam lagi di atas tanah seluas 5 ekar, di kaki bukit. Antara pokok pisang yang Wak kongsi, memang sebahagian besarnya ada di kebun kami. Wak, ada satu pokok pisang yang senang sangat hidup dan berbuah di kebun kami. Emak saya kata namanya pisang monyet. Rasanya sedap, manis dan wangi. Wak ada pernah dengar nama pisang monyetkah?
Pisang monyet tu gelaran bagi pisang lemak manis.
PadamDipanggil pisang monyet sebab buahnya kecik2 aje.
Lagi pun memang monyet suka pisang ni sebab ia tak kelat walau pun belum masak.
Banyaknya pisang yang tak ppernah dengar. Tau makan je.
BalasPadamUntuk pengetahuan semua, pokok2 pisang ni bukanlah serentak ada dikebun wak seperti dalam gambar2 tu. Tajuknya pun 'Diari Pokok Pisang' maknanya pokok2 pisang yang pernah wak tanam dalam beberapa masa kebelakangan ini. Sekarang ni musim kemarau, kuranglah hasilnya. Bila hujan nanti, wak perlu menanam semula atau merapikan penjagaannya. Dulu2. memang wak banyak tanam pisang sebab berniaga di pasar tani dan paskam.
BalasPadamSekarang wak dah tak berniaga lagi kecuali pada musim buah sahaja.
Rumah Mak saya hanya ada pisang Asam dan pisang serendah aje, dulu ada pokok pisang berangan, tiba-tiba ke asambar petir terus kiok hahahaha...
BalasPadamBnyaknya pisang..macam- macam jenis..kalau suruh SA namakan..memang x reti de....makan je pandai...
BalasPadambanyak nama pisang yang saya baru festime tahuu ni
BalasPadamselalu tanduk berangan tu biasa dengar..
Sangat menjadi..Green hand Wak kita ni tau! alhamdulillah
BalasPadam