Selasa, 14 April 2020

Rambutan Jarum Emas Sedang Berputik

Salam bertani

Ada beberapa pokok rambutan jarum emas yang hidup subur di dusun WP.  Pokok-pokok rambutan ini sudah berumur menghampiri dua puluh tahun tetapi masih produktif kerana selalu dipangkas selepas habis musim buah. Musim buah-buahan dijangkakan selepas raya nanti akan bertahan sehingga beberapa bulan kerana ada pokok yang sudah berputik, ada yang baru berbunga dan ada yang belum berbunga.


Sepohon rambutan jarum emas yang rimbun dan berputik lebat


Putik buah rambutan jarum emas


Putik rambutan ini akan mencecah tanah apabila berisi nanti


Putik yang menyentuh tanah.


Sepohon rambutan jarum emas ini pula sedang berbunga


Bunga rambutan yang baru terbit.
Memerlukan masa sebulan lagi untuk menjadi
putik seperti pokok di atas.

Salam bertani.

39 ulasan:

  1. Biasanya kalau sekarang ni rambutan jarum emas tu berputik, berapa lama lagi dia akan masak? Lepas raya ni ke atau hujung bulan puasa dah boleh makan?

    BalasPadam
  2. Sedapnya rambutan, SS kalau hadap ni,tak ingat dunia dah. TQ WP, baru SS tahu rambutan ni mcm2 jenis... dan ini first time dengar rambutan jarum emas. Kenapa ye, dipanggil begitu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebab rambut dia panjang2 dan halus macam jarum

      Padam
  3. Pokok rambutan yang ditanam suami di hadapan rumah kami juga sedang lebat berputik. Tapi dalam musim PKPini, pokok itu juga seakan terbiar...

    BalasPadam
  4. MUSIM BUAH DH MULA TU..BELI ONLINE JELAH

    BalasPadam
  5. namanya jarum emas yer.. meriah betul buahnya..

    BalasPadam
  6. Lebatnya buah. Nak makan nanti petik ja :)

    BalasPadam
  7. Baru first time dengar rambutan jarum emas ni, selalu dengar rambutan anak sekolah je

    BalasPadam
    Balasan
    1. Buahnya lebig besar daripada anak sekolah
      tetapi anak sekolah lebih manis

      Padam
  8. Lebatnya wak... sempat ke raya nnti masak wak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lepas rayalah nampaknya.
      Biasanya musim durian dulu baru rambutan menyusul.

      Padam
  9. wahh tunggu masa ni. best la kan dapat makan lagi2 kalau masa PKP ni.

    BalasPadam
  10. Wah! meriahnya WP semua rambutan sedang berputik.
    Semoga menjadi hendaknya.

    BalasPadam
  11. baru tahu ada rambutan nama mcm ni... sebelum ni just panggil rambutan merah dan rambutan kuning (gading)

    BalasPadam
    Balasan
    1. rambutan ada pelbagai jenis macam durian juga.

      Padam
  12. merimbun dan lebat berbuah...rezeki.

    baru tau ada nama rambutan jarum emas..hehe

    BalasPadam
  13. aduhai .. teringat pokok2 rambutan di kampung.. berputik ke tidak.. sebelum ni meriah macam yang tuan ada ni..

    BalasPadam
  14. Umah kita tak der pokok rambutan... Tak der tanah👆

    BalasPadam
  15. wahh sampai ke tanah putik dia tu..senang nak petik makan nanti...

    BalasPadam
  16. wah kalao dah masak ni cnfrm bes !salam singgah

    BalasPadam
  17. Alhamdulillah..hikmah musim panas kan Wak.

    BalasPadam
  18. Dapat bayangkan kalau dah masak ranum..msti cantik merah or kuning je...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rambutan jarum emas ni bila masak jadi merah SA

      Padam
  19. Dilaman rumah ad pokok rambutan "anak sekolah" pokok nye kecik je x merimbun sg tp tanam lebih dr 7 tahun tak pernah berbuah. Br tahun ni mula berbuah. Baru dpt rasa hasil 😁

    BalasPadam
  20. lepas raya ni menuai hasil lah wp..semoga subur dn maska ranum rambutannya..

    BalasPadam
  21. uhh kalau dapat duduk bawah pokok sambil makan rambutan ni pun syahdu nii

    BalasPadam
  22. Ye la baru first time dgr

    Selalu suka rambutan gading je.hehe

    BalasPadam
  23. Pertama kali saya dgr rambutan jarum emas...selama ni dpk dgr rumput jarum emas ja

    BalasPadam
  24. mudah2an berbuah dengan lebat tahun ni..
    boleh mintak sikit kat wak =D

    BalasPadam
  25. fuhh pertama kali dengar rambutan jarum emas. mesti terbaik tersedap rambutan ni.

    BalasPadam
  26. Lebat buahnya..cukup di pelihara,

    BalasPadam
  27. Lebat betul buahnya tu.. Semoga masak elok buahnya..

    BalasPadam
  28. variety betul nama2 rambutan ni kan? anak sekolah la.. jarum emas la.. gading..

    BalasPadam
  29. Salam.. di mana ada buah rambutan sekarang nih.? Di Sarawak, musim rambutan dah habis bulan Mac lepas. Nanti hujung ogos atau awal september baru muncul semula .Tapi aku teringin nak makan sekarang.Haha..

    BalasPadam