Ahad, 26 April 2020

Mengejar Lauk di Belakang Rumah

Salam bertani

Pagi ini wak mengejar dua ekor ayam kampung bujang untuk disembelih. Semua kerja memproses ayam wak buat sendiri secara manual. Sembelih, buang bulu sehinggalah siap dipotong. Simpan dalam beberapa bekas buat stok bulan ramadan. Fikir nak masak apa, itu tugas pn isteri wak pula.


Siap proses dua ekor ayam kampung.
Asingkan bahagian isi, tulang dan organ dalaman.


Selepas disembelih, ayam dibersihkan 
daripada kotoran dan darah.
Kemudian direndam dalam air panas
 untuk memudahkan mencabut bulunya.


Siap cabut bulu ayam secara manual.


2 ekor seberat 7 kg.


Ayam diganggang pada api dapur untuk membersihkan 
bulu-bulu halusnya sebelum dipotong.


Sebahagian daripada ayam yang siap diproses.

Puasa kali ini, anak-anak, menantu-menantu dan cucu-cucu tak balik kerana PKP. Tak tahulah ayam dua ekor tu berapa lama nak habis. Stok yang masih hidup di belakang rumah pun banyak lagi. Kalau hari-hari makan ayam kampung pun  jemu juga.

Salam bertani

36 ulasan:

  1. wah...ayam kampung...
    salam ramadhan...

    BalasPadam
  2. dulu masa atuk still ada rajinla dia tngkp ayam sendiri. now kitorng bela buat jual ke semua penakot.. gulai ayam kampung sedapnya !!

    BalasPadam
  3. ya ampun seronoknya. dulu kalau balik kampung ini la menunya. paling best arwah abah memang suruh anak menantu kejar ayam sampai dapat

    BalasPadam
  4. Hasil lumayan..jimat sekali wak..alhamdulillah..

    BalasPadam
  5. Cecah lima kilogram..berat, banyak isi

    BalasPadam
  6. betul ke wak kejar ayam tu? hahaha tak boleh bayang. Teringat masa kecik dengan ayah saya... kami buat jerat, tabur hampas nyiok... la ni, kat kampung nak makan ayam masuk dalam gok dia... bawak makanan, dia mai makan tangkap...

    dulu kalau sembelih buat macam wak buat jugak... boh dalam air panas nak bagi senang cabut bulu. Masa kecik lagi lah. Kalut cabut bulu sementara badan dia panas2 = kena marah dgn mak kalau main2 masa cabut bulu hahaha. Baru-baru nibalik kampung, mak sy tak cabut dah bulu, dia selirat je kulit ayam.. togel terus.

    BalasPadam
  7. Gemuk ayam kampung Wak tu, 2 ekor jer berat camtu... Orang yang selalu supply ayam kampung kat saya dah takde, klau teringin kena beli lah kt pasar.

    BalasPadam
  8. wah... untung la ada bela ayam sniri .. sdp nya makan ayam kg

    BalasPadam
  9. Teringat masa kecik dulu kejar ayam, lepas tu kena paksa tolong arwah ayah pegang leher ayam masa nak sembelih..

    Sedapnya ayam kpg..masak rendang..

    BalasPadam
  10. Masa kecik kalay sembelih ayam belaan sendiri memang dana la bahagian buang bulu, pastu bila besar sikit adik2 amik alih tapi kite kene kerjakan ayam siap kerjakan usus lg wak oi

    BalasPadam
  11. Sedapnya masak rendang..tak pun kari..tomyam.Biasa ayam kampung kami masak tiga menu ni je Wak.

    BalasPadam
  12. berat jugak tu 7kg untuk 2 ekor..alhamdulillah, takpe, boleh simpan sampai habis pkp..

    BalasPadam
  13. BULAN POSA AYAM XKUAT LARI SENANG JE NAK TANGKAP KAN WAK

    BalasPadam
  14. banyak juga tu 7kg..takpela wak boleh buat macam macam resepi..selamat berpuasa wak

    BalasPadam
  15. ayam kampung ni paling sedap masak sup halia ataupun kita selalu buat 'pansuh', masak dalam buluh.

    BalasPadam
  16. jimat bnyk ni. klu beli, 2 ekor tu dah berapa la agaknya, ek?

    BalasPadam
  17. Wah ayam kampung. Masak gulai pun sedap ni.

    BalasPadam
  18. Sedapnya...kalau ayam kg saya suka msk gulai,takpun msk lemak cili api..

    BalasPadam
  19. tetiba terbayang gulai ayam kampung.. sedap nye

    BalasPadam
  20. masa kecik2 dulu pernah membantu ayah menangkap ayam dalam reban blkg rumah, tolong pegang ayam semasa ayah sembelih ayam dan tolong cabut bulu ayam... tapi itu dulu, kenangan manis..... sekarang beli ayam dah siap togel, kdg2 dah siap goreng :-)

    BalasPadam
  21. boleh bayang duk kejar ayam tu

    BalasPadam
  22. Rindunya nak cabut bulu ayam. Hehebe

    BalasPadam
  23. lama dah tak tgk suasana macam ni. last time budak2 dulu

    BalasPadam
  24. bgusnya wak ni. mmg jimat mcm ni kan. dari lauk sayo, aym semua homemade.hehe

    BalasPadam
  25. untuk ayam kampung yang diternak bebas dan ia makan apa sahaja yang ditemuinya, sebelum disembelih ia hendaklah ditangkap, dikurung dahulu dalam jangkamasa 3 hari dan diberikan makan makanan yang bersih dan halal seperti jagung @ beras untuk menjamin kebersihan tembolok, perut dan ususnya...barulah ia menjadi makanan yang halalan toyibbah...pesan drp ustaz tengku zulkarnain (pendakwah dr Acheh )

    BalasPadam
  26. Ayam kampung kalau buat rendang sedap ni...
    Senang tak kejar ayam tu WP?

    BalasPadam
  27. Sedap ayam kampung masak rendang. Berbaloi lah mengejar lauk.

    BalasPadam
  28. Nostalgia sungguh!
    Saya pun pernah ada kenangan kejar ayam. Ayam keletihan menyorok dalam semak, kita pun penat sama tapi dapatlah tarik ayam tu keluar semak.

    BalasPadam
  29. kalau balik rumah mertua, abah mertua akan mintak cucu-cucu kejar ayam utk disembelih..seronok depa mengejar ayam..haha..

    BalasPadam
  30. Kalau dekat boleh order....
    Teringat masa kecik kecik dulu nak makan ayam kena buat ginilah.... dpd sembelih, cabut bulu ayam, sampailah siap... dulu dulu sukalah tolong mak cabut bulu ayam sekarang ni kalau kena buat sendiri mmg sanggup tak payah makan hahahha

    BalasPadam
  31. Saya mengejar lauk dipsar je WP..
    Ada beli ayam kg..
    Ingat nak buat Soto utk juadah berbuka puasa..

    BalasPadam
  32. Ini betul-betul nikmat makan ni. Bahan utama ditangkap, sembelih sendiri 😊

    BalasPadam
  33. Bestmya boleh bela. Boleh bercucuk tanam. Saya pun jemu makan ayam dah. Tp sebab itu mudah dibeli dan dimasak. Perlbagaikan menu. Apa kata suruh isteri wak buat serunding ayam. Tahan lama.

    BalasPadam