Jumaat, 10 April 2020

Anak Dara Tepi Sungai

Salam bertani

Wak nak tunjukkan anak-anak dara pingitan wak yang berada di tepi sungai. Ada lima ekor semuanya. Sebahagiannya dah ada orang berhajat, tapi wak tak sanggup lepaskan lagi.



Fiza berumur dua setengah tahun


Milo berumur dua tahun 


Tompok berumur dua tahun


Sue berumur satu setengah tahun
(Adik Fiza)


Mon berumur setahun
(Adik Tompok)


"Semalam ada orang datang nak pinang kita,
boss tak setuju"


Salam bertani.

33 ulasan:

  1. Fiza...Sue..mcm2 gelaran..elok la disunting utk raya haji nnt..

    BalasPadam
  2. alahai anak dara semua ada nama ya

    BalasPadam
  3. ahahah dara pingitan semua ni
    awaaat Wak x stuju. letak hantaran tinggi sikit Wak =P

    BalasPadam
  4. ANAK DARA WAK CANTIK N SIHAT RAMAI YG DH BERKENAN TU

    BalasPadam
  5. bertuah la wak...ada byk anak dara..nanti byk dpt duit hantaran tu, esp musim raya korban nanti..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kat sini musim qurban biasanya mereka cari lembu jantan.

      Padam
  6. Banyak anak dara wak. Musim kenduri memang banyak lah orang datang untuk merisik dan meminang.

    BalasPadam
  7. Aduhai Wak! Kalau dah diberi nama memang sukar untuk dilepaskan, nanti terkenang-kenang siang dan malam. Dah rasa sayang....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lembu wak semua ada nama.
      Sorrylah kalau sapa2 ada persamaan nama dengan lembu2 wak.

      Padam
  8. Ingatkan dara apa..adooi..tersenyum juga nengok ni gambar lembu..

    BalasPadam
  9. Amboii comel2 nye anak dara wak, kikiki, patutlah tak sanggup nak lepaskan.

    BalasPadam
  10. Waaa... ramainya anak-anak dara Wak... Anak-anak teruna tak ada ke hahaha. Sungai tu dalam kebun wak jugak ke...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ni cerita anak2 dara dulu.
      Yang bujang2 pun ada.
      Sungai tu rezab JPS tempat wak menternak lembu.
      Kebun kelapa sawit wak terletak di tepi sungai tu.

      Padam
    2. Ohh kebun sawit pon ada... setakat ni nampak wak sorang jer... anak2 tak ikut sekali ke..

      Padam
    3. Anak2 wak semuanya perempuan.
      Dah kahwin ikut suami.
      Semuanya tak minat ngebun.

      Padam
  11. Lembu baru 2 tahun kemain beso ek Wak....esok dah 2o tahun camne besonyaa hehehehe...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lembu membesar sehingga 4- 5 thun aje.
      lepas tu dah kira dewasalah.

      Padam
  12. Waaa... komersial nama2 lembu wak... tapi saya tengok sama je rupanya wak. hehehe... Jaga bebaik wak.. jangan sampai masuk halaman orang. heheh

    BalasPadam
  13. hahahhaha main bisik2 pulak diorang ek...nasib wak faham bahasa diorang...๐Ÿ˜œ

    BalasPadam
  14. Comel ja nama-nama anak dara Wak ni :)

    BalasPadam
  15. Anak dara keasayangan nie..alhamdulillah sihat semuanya.Syukur.

    BalasPadam
  16. Dulu cikbunga berhajat jugal nak ternak lemvu๐Ÿ‘†๐Ÿ‘†

    Belum ada rezeki wak

    BalasPadam
  17. Untung la wak ada anak dara ramai...dah ada yang meminang lom?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biasanya tunggu raya.
      Tapi raya tahun ni tak taulah sebab covid 19 ni.

      Padam
  18. Banyaknya anak dara..dh ada yang meminang ..laris tau anak2 dara wak..hehe

    BalasPadam
  19. Comel comel anak dara wak.. Dah sampai masa untuk disunting ye wak..

    BalasPadam