Ahad, 11 Ogos 2019

Tuai Kelapa

Salam bertani

Beberapa hari yang lepas, Wak menuai buah kelapa tua yang terdapat di kebun belakang rumah. Wak berhasrat menjual buah-buah kelapa tua di samping jualan buah-buahan di paskam. Lagi pun menjelang hari raya haji ini mungkin ramai orang yang memerlukan buah kelapa tua untuk masakan mereka. Pokok kelapa ini adalah daripada baka kelapa kampung tempatan (Malaysian Tall) yang wak tanam kira-kira dua puluh tahun yang lepas.


Sebahagian daripada buah kelapa tua yang sudah siap dikupas.
Jualan di paskam pada hari Sabtu lepas.


Inilah sebahagian daripada pokok-pokok kelapa
yang terdapat di kebun belakang rumah.


Menuai lebih kurang 100 biji kelapa tua.


Wak gunakan parang kontot saja untuk mengupas
buah-buah kelapa tersebut.


Sabut kelapa dikupas untuk mendapatkan biji kelapa.


Siap kupas 


Lebih kurang 100 biji buah kelapa
untuk jualan di paskam.

Salam bertani.

20 ulasan:

  1. untung tanam pokok kelapa, harga buah kelapa sekarang dah tinggi kan? sebab kat kg ramai orang cari nak beli buah kelapa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada baka2 kelapa terbaharu yang berbuah lebat seperti Mataq, pandan, tacunan dll.
      Kelapa kampung ni lambat berbuah dan kurang komersial.

      Padam
  2. santan sekarang dah mahal..musim raya mmg permintaan tinggi..

    BalasPadam
  3. RAJIN BETUL WP KUPAS KELAPA GUNA PARANG GUNA PARANG KONTOT JE

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah alat yang WP gunakan untuk mengupas kelapa

      Padam
  4. Wak, siapa yang manjat amik kelapa tinggi tu? Biasa kelapa tua gini airnya boleh minum ke ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wak pakai galah sabit.
      Batang galah tu daripada aluminium, taklah berat macam galah buluh.
      Air kelapa tua pun boleh dimunum.

      Padam
  5. Teringat kat rumah tokwan kat kampung.. Mcm ni kalau tiap kali santan habis.. Belakang rumah penuh pokok nyor..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaupun jual buah kelapa, wak jarang2 parut kelapa.
      Biasa pakai santan kotak aje.

      Padam
  6. Balasan
    1. 100 biji tu dua bakul
      1 bakul dalam 50 biji gitu.

      Padam
  7. Murahnya WP jual...kat Seremban sebiji RM3.50 kot...susah nak beli kelapa..kelapa muda lagi la plak..RM6 sebiji

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mahalnye harga kat Seremban.
      Tu hari kakak yang duk Seremban beritahu harga cempedak goreng seulas RM1.50. Mahal giler

      Padam
  8. Tempat saya besar tu 2.50 sebiji. Pernah masa kritikal dijual ikut timbang kilo buah biji bukan isinya. 3.50 sekilo....sebiji boleh sampai 4-5rm.

    BalasPadam
  9. mak dan bapak saya selalu cari kelapa gini..kadang sampai jauh ke kuala tatau diorang cari untuk buat kuih muih..kalo dekat dengan wak, mesti mak dan bapak da jadi pembeli tetap..hahaha

    BalasPadam