Sabtu, 24 Ogos 2019

Tuaian Hasil Dusun

Salam bertani.

Selain rambutan, wak juga menuai buah pulasan , cempedak dan hasil tanaman lain untuk dipasarkan di paskam. Wak hanya menjual hasil-hasil dusun seminggu sekali setiap pagi sabtu pada musim buah-buahan kali ini. Ada juga sebahagian pelanggan yang membeli secara pesanan atau datang ke rumah. Sebahagian daripada hasil dusun wak jamu saudara mara dan sahabat handai sahaja.


Tuai pulasan pada pagi ini (jumaat).


Dua bakul pulasan.


Tuai rambutan pada petang tadi.(jumaat)


Buah cempedak dituai beberapa hari awal.
Perlu dijemur seketika dan disimpan di tempat teduh
beberapa hari sebelum masak/matang.



Tuai serai pada petang khamis. 


Memetik dan megupas kelapa pada pagi khamis.

Harap-harap laris jualannya.
Salam bertani.

16 ulasan:

  1. Macam mana nak dapatkan hasil dusun wak ni? Hurmmm

    BalasPadam
  2. Geramnyaaa kita nengokkk pulasa tuuu...nak sikitt Wakkkk

    BalasPadam
  3. Seronoknya kalau hasil kebun abah pun macam ni, pulasan tu rare betul..

    BalasPadam
  4. semoga habis terjual semuanya WP... rindu suasan berjualan hasil tanaman begini..

    BalasPadam
  5. wakkk...kita nak datang beli pulasan... 😥

    BalasPadam
  6. Seronoknya kalau dekat dah lama beli

    BalasPadam
  7. Seronoknya tengok hasil berbudi pada tanah...

    BalasPadam
  8. sedapnya tengok buah pulasan tuu.. semoga murah rezeki wak

    BalasPadam
  9. geramnya tengok! Buah sihat belaka!

    BalasPadam