Isnin, 19 Ogos 2019

Pokok Terung Asam

Salam bertani

Ada dua pokok terung asam yang tumbuh di belakang rumah. Wak panggil pokok terung asam sebab rasa buahnya yang masam macam tomato. Mungkin ada nama panggilan lain bergantung kepada lokasi dan masyarakatnya.

Buah terung asam biasanya dijadikan perasa dalam masakan. Kita campurkan buah terung asam dalam masakan seperti buah tomato juga. Ia juga boleh dimasak sambal, asam rebus, masak tumis atau dicampurkan dalam masakan ikan, ayam atau sardin. Berbeza dengan terung lain, terung asam biasanya dijadikan bahan masakan apabila sudah matang.


Sepohon terung asam yang hidup subur di belakang rumah.


Bunga terung asam


Buah muda terung asam


Batang dan daun pokok terung asam dipenuhi duri.


Buah terung asam yang matang berwarna kuning.


Sesuai dijadikan bahan maskan.
Mengandungi biji benih yang boleh disemai.

Salam bertani.

21 ulasan:

  1. tak pernah jumpa terung ni..selalu terung pjg, bulat dan pipit je..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Banyak nama terung ni.
      Ada yang panggil terung dayak,
      terung bulu, terung asam sarawak dll

      Padam
  2. kat sarawak banyak sangat terung ni...kegemaran seketul mak saya juga...

    BalasPadam
  3. dulu kt rumah di kampung ada banyak buah ni, tp mak tak pernah pun msk apa2... kite pun tak tau yg buah ni rasa camne... tp ramai la jiran2 yg minta buahnya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasanya masam2 macam tomato gitu.
      kalau masak singgang ikan r masak asam boleh campurkan.

      Padam
  4. Kat kampong pokcik, buah ni orang pangggil terung manggo/manggol

    BalasPadam
  5. Tak tau pun terung ni boleh makan. Nama dia pun baru tau hari ni. Tapi pokok tu selalu lah tengok kat kampung.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekarang dah jarang2 ditanam dan hasilnya pun jarang2 kelihatan di pasar.

      Padam
  6. first time nampak terung asam ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau mak2 kampung dulu2 memang kenal dan tahu masak buah terung ni

      Padam
  7. bagi nama buah2 sayur2 semua ikut rasa dia.. hehe terbaik wak ;)

    BalasPadam
  8. Tempat saya panggil terung bulu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebab buahnya dipenuhi bulu.
      Kalau nak masak kena buang dulu bulunya.

      Padam
  9. ohh baru tahu namanya terung asam.

    BalasPadam
  10. First time tengok terung asam ni. Selalu masak terung biasa tu je.

    BalasPadam
  11. Arwah mak kawan SA buat sambal belacan guna terung asam ni...ingat kan x sedap tapi sekali rasa terus suka..sedap rupanya

    BalasPadam
  12. tak pernah tgk or jumpa ni.
    tq for sharing :)

    BalasPadam
  13. TERUNG ASAM NI BERBULU N POKOKNYA BERDURI HATI2 MEMETIKNYA TEMPAT KAK DISEBUT TERUNG REMBANG

    BalasPadam