Khamis, 1 Ogos 2019

Pulasan Sekah

Salam bertani

Kebanyakan pokok pulasan di dusun WP berbuah lebat kali ini. Cuma pokok-pokok  pulasan ini dah lama tak dipangkas, jadi dahannya panjang mengejar cahaya matahari. Apabila beban terlalu berat sebahagian dahannya akan sekah. Selepas musim buah nanti, kena buat pemangkasan major untuk mengembalikan bentuk yang rendang.


Dahan utama sekah kerana beban yang berlebihan.


Pokok ini juga sekah, dahannya menyembah bumi.


Yang ini sekah tetapi masih bertahan


Buah yang hampir matang


Sebahagian buah pulasan  menyembah bumi.


Sekah di atas.


Seminggu lagi bolehlah dituai.


Setangkai buah pulasan matang.
Tunduk hampir ke tanah.

Salam bertani.

27 ulasan:

  1. Sedapnya..pulasan...pulas2 makan.

    BalasPadam
  2. syg nya wak, semua pokok sekah... pulasan bila berbuah mmg puas makan, lebat sangat3

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada 3 - 4 pokok yang sekah sebab buahnya terlalu banyak.

      Padam
  3. Sedapnya pulasan....nak beli sekilo dua boleh...? Hahaha

    BalasPadam
  4. buah pulasan berat kan WP, u yang senang sekah, tapi mana yang boleh bertahan tu senang lah WP nak tuai nanti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekah tu sebab dahannya panjang2.
      Dulu2 tak sempat pangkas

      Padam
  5. Saya suka pulasan dari rambutan tapi susah nak cari pulasan yg longkah isinya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wak tanam ni pulasan klon
      Isinya memang longkah dan manis.

      Padam
  6. dah lama tak makan pulasan ni,susah nak jumpa pula

    BalasPadam
  7. Bila cabang dahan sekah atau kopak ni..kadang ok pokoknya..kadang mati..dan kadang kalau hidup pun tak seperti sediakala..pokok cempedak di kampung lepas sekah terus merajuk tak nak berbuah langsung..kat rumah mertua PC..pokok rambutan sekah..terus mati pokoknya..sedihnya la..ni lagi buah tengah lebat tu..tapi bukan kehendak kita..ada hikmahnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pokok yang sekah biasanya pakcik akan buat pemangkasan major. In syaa Allah akan tumbuh tunas2 baru.

      Padam
  8. Ohhhh...emamng kena pangkas ye..patut tengok pak lang lepas habis je buah pulasan dia pu pangkas...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pokok rambutan dan pulasan memang kena pangkas selepas berbuah sebab kita tak mau pokoknya meninggi.

      Padam
  9. pulasan, adik beradik rambutan. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Macam rambutan tapi daripada spesis yang berbeza.

      Padam
  10. Tanah wak berapa puluh ekar agaknya yek, macam2 buah ada, bestlah sangat nih.
    Sekilo pulasan rm5, adalah beberapa biji, tak dan puas makan. Kalo ada kebun cam wak ni kan best.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Taklah sampai puluhan ekar.
      Cuma kalau boleh semua pokok wak nak tanam.

      Padam
  11. Dah lama tak makan pulasan. Rasanya dah 10 tahun lebih

    BalasPadam
  12. Owh, kat sini setiap tahun ada musimnya.
    lagi pun Wak tanam banyak pokok pulasan.

    BalasPadam
  13. sedapnya buah pulasan. kat kelate ni tak femes mana buah ni ,tak nampak orang tanam pun ..

    BalasPadam
  14. WALAU POKOKNYA SEKAH BUAHNYA MASIH BERTAHAN SEHINGGA MATANG KOT

    BalasPadam
  15. Lebat NAU buahnya.. APA petua wak.semua pokok menjadi ye.. share laa

    BalasPadam
  16. Owh.. kalau sekah begini lepas wak buat pemangkasan, pokoknya kembali bertunas cantik ye??

    BalasPadam