Selain pokok buah-buahan bermusim, pokok longan ping pong juga sedang berbuah lebat sekarang. Pokok longan ping pong bukanlah kategori buahan bermusim kerana ia berbuah sepanjang tahun.
Ada dua pokok longan ping pong yang wak tanam dan buahnya sudah ada yang boleh dituai. Buah longan ping pong yang matang akan berbau harum dan akan gugur sekiranya lambat dituai.
Buah longan ping pong yang hampir matang
Saiznya sebesar ibu jari orang dewasa.
salah satu pokok longan ping pong yang sedang berbuah lebat.
Buah longan ping pong
Sebahagian buahnya dibungkus
Buahnya digemari oleh kelawar dan tupai.
Buah longan ping pong matang yang dituai
Isi buah longan ping pong.
Manis, harum dan berjuice.
Salam bertani.
Sedap ni buat air letak gula merah.
BalasPadamLongan antara buah favorite saya. Selalu kalau beli di pasar... saya simpan dan sejukkan dulu dlm petiais... baru sedap.
BalasPadamDi Kelantan tak panggil longan,orang Kelantan panggil mata kucing....
BalasPadamYa Allah meriahnya buahan tuu...nak mintak sikit Wak...nk buat ubat batuk hehehehe
BalasPadamAlhamdulillah..lebat buahnya..hari panas makan longan sejuk..sedapnya..
BalasPadamSedapnya..kecur air liur nengoknya
BalasPadamSedapnya wak ... Kalau makan sejuk2 lagi sedap ni ...
BalasPadamni buah longan ping pong ke? yang fresh memang sedap.
BalasPadambaru je makan mata kucing ping pong...ada pokoknya di rumah adik ipar. memang sedap - sangat manis berjus, isi tebal.
BalasPadameh sama tak longan dan mata kucing? haha..
dulu husband sy suka beli tapi tatawlah kenapa sekarang dia dah jarang beli longan ni, sy pulak kalua ada ok, tak ada pun ok, hehe
BalasPadamBest nyer... Nak makan petik jer😀
BalasPadamwah lebat sungguh buah longan WP.Tapi saya tak pandai makan buah longan sejak kecil .
BalasPadamLebat buahnya tu wak, tapi buah ni isi dia nipis kan, rasa dia maung2 sikit tapi sedap. Org kampung panggil mata kucing.
BalasPadamSedapnya....lahai boleh duduk saja tapi kebun makan sampai batuk. Hehe.
BalasPadamPehh telan air liur je la.. sedap yg wangi2
BalasPadamSedapnya.. Kalau Sha, simpan dulu dalam peti ais bagi sejuk baru makan.. pergh!! nikmatnya..
BalasPadamBesar2 buahnya ye...pernah makan masa pi Perlis tempoh hari
BalasPadamSaya baru nak mula dengan longan lada. Beli online. Harap tumbuh eluk. Tanam dalam pasu saja.
BalasPadamWOW LEBATNYA LONGAN TAPI YG SAKIT BUASIR PANTANG MKN BUAH NI
BalasPadam