Jumaat, 2 Ogos 2019

Buah Rambutan Jarum Emas

Salam bertani.

Pokok-pokok rambutan di dusun WP sedang memerahkan buahnya. Ada rambutan anak sekolah, rambutan jarum emas, rambutan gula batu dan juga rambutan gading. Buah rambutan yang paling awal matang ialah rambutan jarum emas. Pokok rambutan jarum emas berbuah lebat dan saiz buahnya lebih besar berbanding rambutan jenis lain walau pun cuaca kurang hujan sekarang.



Tuaian buah rambutan jarum emas


Sepohon rambutan jarum emas yang rendang dan berbuah lebat.
Sebahagian buahnya sudah dituai.


Buahnya berjujuran hingga mencecah tanah


Sudah sesuai dituai


Hasil yang boleh dicapai tangan.


Saiz buah yang besar dan berisi penuh


Setangkai buah rambutan jarum emas yang menunggu
masa untuk dituai.


Salam bertani.

14 ulasan:

  1. Sedapnyaaaa...nasib x leh makan banyak..cepat dapat batuk...

    BalasPadam
  2. tergodanya....! mau duduk bersila makan dekat situ..

    BalasPadam
  3. sedapnya..buang kulitnya..masuk dalam bekas..simpan dalam peti ais...dah sejuk..makan sambil duduk di anjung..hehehe.nikmat!

    BalasPadam
  4. kebetulan tengah makan rambutan jarum mas sekarang, kawan bagi buah tangan dari kampung..

    BalasPadam
  5. rambutan jarum emas ni yang isinya tebak tu ke wp ? saya suka rambutan yang isinya tebal tu..

    BalasPadam
  6. Tadi di jemputan kahwin, setiap meja dihidangkan dengan buah rambutan pelbagai jenis, cuma yg tak ada rambutan gading

    BalasPadam
  7. Zumal selalu tahu makan je tak tahu jenis apa. Hihi

    BalasPadam
  8. Aduhai...menggoda sungguh buah rambutan WP. Subur pokoknya dan cantik buahnya.

    BalasPadam
  9. suka rambutan..tp asal makan batuk.

    BalasPadam
  10. kalau saya memang suka makan bawah pokok dah rambutan ni. hii .. rezeki wak..

    BalasPadam
  11. perghhh..terasa2 jus buah rambutan bila masuk mulut kat tekak ni....

    BalasPadam
  12. LEBATYA RAMBUTAN JARUM MAS BESAR BUAHNYA

    BalasPadam
  13. Seronoknnya tgk buah rambutan lebat betul

    BalasPadam