Selasa, 20 Ogos 2019

Penyamaran Ulat Beluncas

Salam bertani

Sepohon anak pokok pelam pauh yang disemai di dalam polybeg kelihatan gondol daunnya dimakan serangga. Wak ingatkan daunnya dimakan siput babi atau lintah bulan kerana haiwan perosaknya tidak kelihatan. Sehinggalah daunnya hampir habis barulah kelihatan serangga yang memakannya.

Ia dikenali sebagai ulat beluncas baron. Larva rama-rama yang sangat hebat menyamarannya kerana kelihatan seperti daun tumbuhan yang dimakannya. Malah ia tidak meninggalkan najis makanannya seperti ulat beluncas lain supaya sukar dikesan. Ia biasa dijumpai pada daun mempelam kerana warna dan bentuknya seperti daun tersebut.


Rupa bentuk ulat beluncas baron yang menyamar seperti daun.


Hampir menghabiskan daun sepohon anak pelam pauh.
Ia kelihatan (hampir tak perasan)  melekat pada salah satu helai daun pokok tersebut.


Keadaan pokok mangga pauh di peringkat awal serangannya.
Ulat beluncas baron masih tidak dapat dikesan pada masa ini.


Inilah rupa bentuk ulat beluncas baron setelah dikeluarkan
daripada penyamarannya.
Sepandai-pandai beluncas menyamar,
pandai lagi wak mensasar.

Salam bertani.

35 ulasan:

  1. Seramnya WP, boleh tak perasan ni....

    BalasPadam
  2. kena renung lama-lama baru perasan penyamaran terbongkar! sukanya datang blog ni, banyak tips pasal tanaman yang shu tak tau. TQ WP..

    BalasPadam
  3. hebat betul penyamaran si beluncas ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dikategorikan sebagai 10 penyamaran haiwan terhebat di dunia.

      Padam
  4. Saya memang tak.perasan langsung wak. MasyaAllah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wak pun mula2 tak perasan
      Sampai togel pokok pelam tu

      Padam
  5. sakit hati kan bila pokok kena serangan ulat beluncas ni.. pokok jasmin kita habis togel dikerjakannya tak sampai 4 hari tinggalkan rumah ..

    BalasPadam
  6. Wah..bagus betul penyamaran dia erk...

    BalasPadam
  7. Pehhhh.. meremanggg… sekali pandang Nampak cantik jer

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cantik yang bahaya.
      Kalau kena boleh gatal satu badan

      Padam
  8. Wowww dia boleh menyamar ek...perghh kalau kena gatal tak ek?

    BalasPadam
  9. menyamar pun cantik2 mcm daun ye..

    BalasPadam
  10. cantik nyer!
    tapi tula, gonjeng pokok tu ekk :(
    aduhai...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cantik tetapi bahaya.
      kalau jadi rama2 nanti lagi cantik

      Padam
  11. nampaknya Wak lebih hebat hehehe.

    teringat peribahaa...seperti ulat naik daun

    BalasPadam
  12. Pandai betul menyamar... sama pulak tu dengan urat² daun

    BalasPadam
  13. Aah laaaa.. Sebijik macam daun.. Kalau sy mmg xtaw dah ulat tu wujud situ.. Hebat wak 👍👍👍

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setelah daun2 tu togel baru perasaan kewujudannya

      Padam
  14. Ulat beluncas kalau dpt satu pokok kecil mmg dia x bg can. Habis daun dimakannya.. Saya follow sini juga

    BalasPadam
  15. kalau kena kulit kita habis gatai
    satu badan ni

    BalasPadam
  16. ahahahha kelakor pulak baca pantun dua kerat wak kat bawah tu..

    ngeri nengok ulat beluncas tu, adakah ia berbahaya?

    BalasPadam
  17. Tak tau mana perkataan yang betul.
    Mensasar atau menyasar.
    Takut menyasar jadi makna lain.

    BalasPadam
  18. BELUM PERNAH TENGUK ULAT BELUNCAS GINI MUJUR CPT WP PERASAN MAU HABIS DAUN SEDUSUN DILAHAPNYA HEH..HEH..

    BalasPadam