Sabtu, 17 Ogos 2019

Tuai Serai Paha Ayam @ Serai Gajah.

Salam bertani.

Pokok-pokok serai paha ayam @ serai gajah yang wak tanam pada awal tahun sudah boleh dituai. Menjelang hari raya haji yang lepas, wak mula menjual serai  disamping jualan buah-buahan tempatan di paskam. Ia dipanggil serai paha ayam @ serai gajah kerana saiznya yang lebih besar daripada serai kampung yang biasa kita tanam.


Jualan serai paha ayam di paskam


Keadaan tanaman serai berumur beberapa bulan.
Hidup subur walaupun kemarau.


Keadaan tanaman serai sekarang yang
sudah sesuai dituai.


Rumpunan serai dewasa sebelum dituai.


Perdu serai paha ayam @ serai gajah.
Seperdu menghasilkan lebih kurang 20 batang serai.


Memotong rumpunan serai.


Serai yang siap disiang.


Sedia untuk jualan.

Salam bertani.

38 ulasan:

  1. Alhamdulillah... sihat2 belaka serainya

    BalasPadam
  2. Suka tgk serai gemuk2 mcm ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Serai ni memang besar2 berbanding serai biasa.
      sebab tu dipanggil serai gajah.

      Padam
  3. Wahhh...wakk...nak beli...nak buat benih...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang jual kat pasar tu pun boleh buat benih.
      Rendam seminggu sampai keluar akar baru semai.

      Padam
  4. Terbaik wak 👍👍👍 berbudi pada tanah.. Semoga terus sukses!

    BalasPadam
  5. WP nak tanya serai ni memang tak perlu jirus selalu kan, ana ada juga tanam serai peha ayam ni.ada 3 rumpun setakad ni Alhamdulillah tak payah nak beli.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mula2 tanam kena jiruslah.
      Bila dah besar dan banyak daun tak payah jirus sebab daunnya boleh memerangkap embun seperti pokok nanas.

      Padam
  6. Waaaa meriahnyaa dan gemoknyaaa serai tanaman Wak...saya baru tau ada jenis serai yee Wak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada beberapa jenis serai.
      Kalau pokok serai wangi tak boleh buat masak

      Padam
  7. Seronok bila dapat menuai hasilnya :)

    BalasPadam
  8. seronok ya bila dapat hasilnya

    btw serai ni pun ada jenis ya? bila sebut serai ingat sama ja semua hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Serai ni besar.
      Yang kecik2 serai kampung.
      Tapi kalau nak masak lebih baik cari serai kampung sebab ia lebih wangi terutama kalau masak tomyam

      Padam
  9. Kita suka simpan stok serai, selalu beli aje

    BalasPadam
    Balasan
    1. lebih untung beli, sebatang baru 25 sen.
      kalau nak tanam kena tunggu 8 bulan.

      Padam
  10. Baru tau serai ada jenis. Ingatkan sejenis je. Seronok tgk hasil tanaman.

    BalasPadam
  11. Gemuk2 serainya seronok tengok hihi 😄

    BalasPadam
  12. tak tahu pula serai pun ada beberapa jenis kan. serai besar2 pula tu

    BalasPadam
  13. owh tak jual kilo ya WP...boleh tahan juga harganya ya =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Suka jual gini
      Orang nak beli boleh pilih sendiri.

      Padam
  14. MAHAL JUGA HARGANYA MEMANG MENGUNTUNGKAN BERKAT RAJIN

    BalasPadam
  15. SA suka beli serai yang besar2 macam ni....puas rasanya

    BalasPadam
  16. tak tahu serai ada jenis nyer.
    aida suka yg besar gini. terasa berbaloi membeli nyer.
    this weekend baru lah nak menanam serai depan rumah.
    wish me luck.

    BalasPadam
  17. ohh nama serai paha ayam rupanya,, tahu guna jerr ni haaa.. meriah kebun wak,,

    BalasPadam
  18. Ape beza serai peha ayam and gajah

    Pleasee balas

    BalasPadam
  19. Dimana boleh saya dapatkan pembekal benih serai peha ayam daerah K.Kangsar

    BalasPadam
  20. Tanaman serai ni ada tak ular yang suka bersarang atau pun berkeliaran.?

    BalasPadam
  21. Sera peha ayam ni buat masakan atau minyak
    .konfius

    BalasPadam
  22. salam. tanah kena gembur dulu sebelum tanam?

    BalasPadam