Salam bertani
Wak nak tunjuk program baraan raya sekampung yang berkunjung ke rumah wak baru-baru ini. Setiap malam kami bermarhaban ke sepuluh buah rumah selepas solat isyak sehinggalah selesai menginjak ke pukul sebelas setengah malam. Rumah wak giliran ke tujuh daripada sepuluh buah rumah pada malam itu. Jom layan
Persiapan sebelum tetamu datang.
Wak dan pn isteri buat jamuan ringkas aje.
Pada malam itu ada tiga rumah yang buat jamuan berat.
Wak sediakan menu ubi rebus, dua jenis kuih, buah dan air minuman.
Sebahagian menu yang disediakan.
singkong godog totol karo sambelijo.
Meja di beranda.
Tetamu yang hadir kariah sekampung.
Jamu selera layan diri.
Ada juga di beranda rumah terutama kanak-kanak.
Setiap kanak-kanan dapat sampul raya.
Tapaw.
Meriah.
Masing-masing bakul motor penuh bungkusan makanan dari
rumah pertama lagi.
Majlis selesai pada pukul sepuluh setengah malam sebelum
diteruskan ke tiga buah rumah lagi sehingga selesai.
Salam bertani.











