Sabtu, 15 Ogos 2020

Menebas Kebun Getah

 Salam bertani

Lebih setahun wak tidak menoreh getah kerana harga getah yang merudum sejak akhir-akhir ini. Kebun getah sudah hampir menjadi hutan dan tempat habitat haiwan liar. Sudah semingguan wak menebas anak-anak pokok getah dan semak samun di kebun getah. Wak menebas menggunakan parang panjang sahaja. Angannya wak nak mula menoreh semula, tetapi memandangkan harga getah yang masih rendah, mematahkan semangat wak.


Kebun getah yang sudah dipenuhi semak samun


Sudah setahun tidak diusahakan.
Air parit penuh kerana sekarang musim hujan.


Anak-anak getah dan anak kayu tumbuh memenuhi ruang


Pokok kait-kait memanjat pokok getah


Semak samun dibersihkan


Anak-anak getah liar dan anak kayu ditebas


Selesai menebas dalam masa beberapa hari


Semak samun yang ditebas perlu disembur racun
rumpai selepas beberapa minggu.

Alhamdulillah, hari ini selesai kerja-kerja menebas hutan di kebun getah.

Salam bertani.

22 ulasan:

  1. Salam bertani wak. Bestnya ada byk kebun. Berbudi pada tanah, byk untungnya. Sy xpandai toreh getah wak. Harga getah jatuh skang, ada yg tukar tanam Kelapa sawit lak. Tp tak tahukan nanti harga getah Naik..

    BalasPadam
  2. wah kayonya semua ada sawit ada, getah ada,dusun ada...Alhamdulillah pertahankan milik dgn usaha n kerajinan

    BalasPadam
  3. Memang nampak semak Wak. Sudah dibersihkan, nampak lapang.

    BalasPadam
  4. Lama tu wak tak menoreh. Semak dengan pokok liar yang tumbuh. Bagi yang mencari rezeki dengan menoreh, terkesan sungguh dengan harga getah yang merundum teruk.

    BalasPadam
  5. Nampak lapang dah selepas dibersihkan..

    BalasPadam
  6. seronok kan ada tanah sendiri ni bole tanam macam2..
    semoga murah rezeki wak

    BalasPadam
  7. Getah murah pun ayah saya masih menoreh...

    BalasPadam
  8. Kebun getah ibaratnya tempat permainan sy kecik2 dulu Wak. Bila hujung minggu ikut Mak ke kebun memoreh. Paling best time kutip getah sekerap. Bawa baldi kutip dari satu pokok ke pokok lain. Seronok dapat tolong Mak.

    BalasPadam
  9. besarny kebun wak.. kenapa wak xupah org je norehny...hehehe.. sb kg sy pn ade getah tp upah org..sb xmampu nk buat sendiri.dan hasil usaha arwah mak mintak bantuan risda.. utk dapatkn pokok dan baja

    BalasPadam
  10. Teringat kulat sisir kat batang pokok getah yg tumbang

    BalasPadam
  11. besar ya kebun wak.. moga harga getah naik nanti boleh menoreh semula ye wak

    BalasPadam
  12. sawit pun sama kan wak..semua merundum jatuh..slow2 wak tebas tu..luas kawasan dia mesti penat..

    BalasPadam
  13. bestnya keluar peluh menebas2 kan wak

    BalasPadam
  14. Nostalgia betul..teringat masa sekolah dulu,setiap Sabtu tolong arwah atuk kutip getah sekerap

    BalasPadam
  15. Sekarang dah jarang orang ada kebun getak kan Wak.Ada tapi tak dah banyak sebab masing-masing beralih arah ke pokok sawit.

    BalasPadam
  16. memang da jatuh ek harga getah sekarang? ayah mertua pun ada kebun getah kat kampung..alhamdulillah ada juga bendang dan tanaman lain untuk cover apa yang kurang..

    BalasPadam
  17. Alhamdulillah selamat menebas.. kesian harga getah turun tak boleh jual

    BalasPadam
  18. Teringat masa kecik2..
    Tolong mak angkat Susu getah..
    Kata Kami mangkit Susu getah..
    Berkejaran dgn nyamuk ­čśé

    BalasPadam
  19. wak mesti kuatkan orangnya..dah biasa berkebun ni

    BalasPadam