Selasa, 11 Ogos 2020

Pokok Durian D2

 Salam bertani

Seingat wak, wak menanam pokok durian kawin D2 ini semasa lepas SPM dulu. Benihnya wak dapat semasa mengikuti satu program belia di kampung pada masa itu. Umurnya sudah melebihi 40 tahun dan besarnya sudah hampir dua pemeluk. Sekarang pokok durian ini sedang menggugurkan hasilnya walau pun pokok-pokok durian lain sudah habis musimnya.



Sepohon durian D2 yang besar dan tinggi menjulang awan


Banirnya sebesar dua pemeluk.
Sedang menggugurkan buahnya.


Buah durian D2


                                 Hampir 2 kg sebiji


Tuaian pagi ini
Buah durian D2 dan Kim Hong



Seulas sepangsa


Warna kuning terang


Dua ulas sepangsa


Sebiji buah durian D2 yang dibuka


Bijinya


6 bungkus untuk cod

Salam bertani.

30 ulasan:

  1. Hasil bila berbudi pada tanah.. dah bepuluh tahun pun tetap dapat hasilnya.

    BalasPadam
  2. Ya Allah ni feveret saya ni, baru kenal durian D2 ni..

    BalasPadam
  3. Banyak betul jenis durian ye.

    BalasPadam
  4. alhamdulillah..berbakti pada tanah dilimpahi rezeki..

    BalasPadam
  5. sedapnya wak, takde cod ke skudai ke? hahahaha

    BalasPadam
  6. Tanam zaman bujang,hasilnya hingga anak cucu dapat nikmati.Alhamdulillah.

    BalasPadam
  7. walaupun dah umur 40 tahun tapi masih gah dan tegap dia ye wak... bestnya pokok lain dah tak berbuah dia pulak baru mengeluarkan hasil... geram nengok isi nya tu wak, kuning cantik je isi tebal

    BalasPadam
  8. isi kuning ke isi putih sedap ya?

    BalasPadam
  9. Buat kesekian kalinya terliur tengok durian kat blog wak ni haha

    BalasPadam
  10. Wak ni kan, sampai hati tau buat kami mejejeh ayaq liuq tengok doyan, adui kalo dekat mesti saya pegi dah beli doyan wak nih.

    BalasPadam
  11. Assalamualaikum WP
    Macam mana ya rasanya durian D2 ni...ada pahit2 dan bergas ke?saya tau makan jer...durian tak berapa kenal.

    BalasPadam
  12. Alahaiii wak...bikin kecur ja...saya tau mkn ja tp tak tau spesisnya

    BalasPadam
  13. sedapnya D2...tahun ni xmerasa D2....harga durian kt cni terlalu mahal...kalau wak dekat....dah minta COD cni....biasanya kalau direct kebun, harga jauh lebih mampu beli...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Harga durian D2 ni memang mahal.
      Tapi wak jual dengan kawan2 RM10/kg aje

      Padam
  14. Tinggi jugak pokoknya..isi durian kuning elok..

    BalasPadam
  15. Boleh bagi alamat wak..senang2 boleh singgah kebun wak hehe

    BalasPadam
  16. wahhh kuning isi diaa..mesti sedap tu wak :)

    BalasPadam
  17. uiii gambar isi durian tu menggodaaaa.. sedapnyaaa

    BalasPadam
  18. Betullah orang cakap berbudi pada tanah lambat laun akan dapat juga hasilnya.

    BalasPadam
  19. Tetiba teringat kampung, mama zumal beritahu durian tengah banyak kat kebun

    BalasPadam
  20. Durian mahal ni. isi tebal biji kecik. Cantik tengok isi durian tu wak..dapat makan sedap ni

    BalasPadam
  21. Suka durian mcm ni.. isi tebal biji kecil

    BalasPadam