Ahad, 16 Ogos 2020

Cempedak Goreng

 Salam bertani


Wak ngopi petang ini dengan hidangan cempedak goreng. Cempedak madu CH28 di dusun wak dah mula matang. Musim cempedak kali ini sangat berkurangan berbanding pada tahun lepas. Lagi pun wak tak sempat hendak membungkus cempedak tersebut menyebabkan banyak buah yang buruk tidak boleh dituai.


Cempedak goreng tanpa biji untuk kudapan pada petang ini.
Jemputlah makan.


Buah cempedak madu CH28 hasil tanaman wak di dusun.
Buahnya berbentuk lonjong dan panjang .


Buah cempedak madu CH28 bersaiz besar 
Biasanya 3 - 5 kg sebiji




Buah cempedak madu yang matang di pokok


Isinya juga bersaiz besar dan tebal


Berwarna oren dan sangat manis.
(Tidak sesuai untuk pengidap diabetis)


Isi cempedak madu CH28 sebelum digoreng.
Perlu dibuang biji dan dibelah dua kerana ulasnya besar.

Salam bertani.

25 ulasan:

  1. Sedapnyaa wak.. makan byk mesti berangin badan

    BalasPadam
  2. Kelmarin cheq pun dapat makan cempedak goreng..memang sedap! 😋

    BalasPadam
  3. wow sedap tu kak cempedak suka makan segar

    BalasPadam
  4. sedap nya wak... cempedak madu ni memang besar dana kalau gereng pun mesti dibuang biji dan belah jadikan 2 atau 3 kalau tak tak garing...

    BalasPadam
  5. Wah, sy belum dapat lagi makan cempedak goreng, tahun ni mahal betul harganya sampai Rm12 sekilo

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mahalnya.
      Wak jual RM4/5 aje sekg.
      Tapi tahun ni bekalannya memang kurang.

      Padam
  6. kat tempat uncle cempedak goreng ni mahal ya amat!

    BalasPadam
  7. wahhh sedap ni wak! bijinya wak buat apa pulak? buang aje ye?

    BalasPadam
  8. Besar dan banyak. Siap boleh potong dua.

    BalasPadam
  9. Sedapnya.Bila sebiji cempedak isinya penuh memang puas hati.

    BalasPadam
  10. Cantik isinya WP..
    Besar2 pulak Tu..
    Puas mkn..
    Kat rumah CH Di kampung tak merasa..
    Berebut dgn si monyet kata abang long..
    Kena belilah nmpknya 😔

    BalasPadam
  11. Alhamdulillah.. Teruja tengok hasil hasil bertani wak. Semuanya menjadi.

    BalasPadam
  12. Wak kat sini cempedak rm12 sekilo, kalau beli isinya takdela banyak mana pun..ada sekali tu beli cempedak siap goreng, rm1 seulas tau wak. Adoii..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mahalnya harga cempedak sekarang.
      Buah cempedak ni memang susah nak jaga.
      kena balut satu2.
      kalau tak balut memang buruklah buahnya tak sempat masak.

      Padam
  13. sedap tu buat makan petang-petang

    BalasPadam
  14. makan panas2 layan wak..sedap!

    BalasPadam
  15. ya ampun... sedap nye cempedak gorengggg

    BalasPadam
  16. Puaslah makan cempedak goreng madu ye Wak. Sudahlah ulasnya besar, buang biji pula. Cantik!

    BalasPadam
  17. elok isinya tu wak. sedap cempedak madu goreng rangup. terliur dari kejauhan.

    BalasPadam