Selasa, 18 Ogos 2020

Pokok Langsuir



Salam bertani


Pokok paku langsuir asalnya adalah pokok liar yang terdapat di hutan negara kita. Ia hidup menumpang di dahan pokok hutan, pokok getah atau kelapa sawit.  Sekarang pokok liar ini telah mula menjadi tanaman hiasan di halaman rumah yang cantik dan menghijau. Pokok langsuir membiak melalui sporanya yang terdapat di bahagian bawah daun. Anak pokok langsuir yang tumbuh secara semula jadi bolehlah disemai di dalam polibeg dan diletakkan di tempat teduh.


Sepohon paku langsuir


Hidup subur di bawah pokok rambutan di halaman rumah


Perlukan tempat yang naung daripada pancaran cahaya matahari


Sesuai juga dijadikan tanaman indoor


Bahagian tengah perdu pokok langsuir berfungsi
memerangkap daun mati dan air sebagai sumber makanan.
Juga dipanggil 'bird nest fern' kerana sesuai dijadikan tempat 
burung memuat sarang.


Habaitat asal pokok paku langsuir hidup meliar di atas pokok.


Salam bertani.




27 ulasan:

  1. Kawan sy cakap, pok ni berhantu.. sekarang baru sy tahu kenapa, hahaha

    BalasPadam
  2. CHANTEK pokok langsuir Pontianak iki wak WP., ;p

    BalasPadam
  3. Dulu masa kecik gerun tengok pokok ni, sbb dgr citer ada hantu langsuir, bila dah sekolah menengah jadi hairan kenapa ada pulak org tanam, bila dah tua2 ni rasa teringin pulak nak tanam juga.

    BalasPadam
  4. mak dana pun ada pokok ni wak, lama dulu kan memang ramai orang cari pokok nih... di kampung merata ada di kebun heheheh
    cuma tu lah namanya tu, tak sesuai betul

    BalasPadam
  5. Aslmkm wp dan semua pembaca blog ini.
    Saya baru mengikuti blog ni sgt menarik hingga baca mengundur sampai awal diterbitkn

    BalasPadam
  6. masa kecik2 dulu selalu masuk hutan cari kayu apai. kalau lalu kat pokok yang ada pokok langsuir ni punya la ketaq. memang laju je jalan..hahah

    BalasPadam
  7. dulu kat rumah uncle ada... Pokok ni! Bukan langsuir!

    BalasPadam
  8. Dah berpuluh tahun tanam pokok ni. Pokok asal dah mati. Tanam semula pokok dari benih yg tumbuh semulajadi di tepi pasu.

    BalasPadam
  9. PC fobia dengan pokok ni sebab memang pengalaman mak ngah dan pak ngah PC sendiri diganggu makhluk halus.Dulu mama ada tanam lepas tu babah buang dah tak tanam lagi.

    BalasPadam
  10. kenapa nama pokok macam berhantu je...hahaha

    BalasPadam
  11. Suka pokok langsuir ni,tapi tak ada tempat nak tanam.

    BalasPadam
  12. Baru tahu nama pokok ni pokok langsuir..di kampung dulu ada pokok ni..

    BalasPadam
  13. pokok ni cantik dibuat hiasan. tapi namanya tu... adehhhh

    BalasPadam
  14. Teringat dulu kecik2 selalu main bawah pokok pastu ada pkok langsuir, mula pikir bukan2. Xsangka sekarang dh buat hiasan..menarik tu

    BalasPadam
  15. rumah saya ada dua pasu wak, mekar mengembang dah lebar kan main :)

    BalasPadam
  16. kenapa nama dia langsuir wak ^_^ seram pulak baca tgh2 mlm nih hahaaa

    BalasPadam
  17. CANTIK SEGAR MENGHIJAU POKOK NI DITEMPAT TEDUH

    BalasPadam
  18. cantik pokok ni...mak saya suka tanam...

    BalasPadam
  19. seb bek nama je seram, pokoknya tak seram

    BalasPadam
  20. wak ditag di blog saya!

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2020/08/blogger-pilihan-cuya-warisan-petani.html

    BalasPadam
  21. Saya panggil pokok sakat. Pernah bela dalam pasu, dari saiz kecik sampai jadi besar. Cantik buat hiasan.

    BalasPadam
  22. Kat rumah saya dulu ada beberapa pokok..amik kt pokok getah,,masa kecik mmg cantik tp bila dh besar mcm seram pulak..kut2 ada binatang menumpang

    BalasPadam
  23. Cantik tapi namanya seram je 😂

    BalasPadam
  24. Cantik pokok ni kalau besar. Banyak koleksi pokok langsuir wak. pokok saya tak besar besar lagi.

    BalasPadam