Sabtu, 29 Ogos 2020

Bubur Asyura'

 Salam bertani

Pada hari ini sempena 10 Muharram, kariah lelaki surau di kejiranan wak bergotong royong memasak bubur asyura'. Gotong royong memasak bubur asyura' dimulakan sebelum solat zuhur dan selesai selepas waktu asar.  Bubur asyura diagihkan kepada semua kariah surau sebelum waktu maghrib untuk hidangan berbuka puasa.

Pada sebelah malamnya diadakan tazkirah dan zikir hari asyura' selepas waktu maghrib dan jamuan bubur asyura' selepas solat isyak. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan.


Memasak bubur  asyura'


Untuk diagihkan kepada semua kariah surau.

Salam bertani.

20 ulasan:

  1. kalau ke kampung suami..selalu ada buat gotong royong mcm ni..rindu pulak suasana mcm ni :)

    BalasPadam
  2. Suka bubur asyura. Saya dapat banyak semalam.

    BalasPadam
  3. sedapnya bubur asyura setahun sekali insyaaAllah dapat merasanya

    BalasPadam
  4. Sedapnya...suka sbb byk kacang2..

    BalasPadam
  5. Lama tak makan bubur asyura ni

    BalasPadam
  6. semalam baru makan bubur ni!

    BalasPadam
  7. saya suka bubur asyura sytle johor, banyak letak ulam pucuk2 ulam.

    BalasPadam
  8. Fuh! Bau sampai sini, tu...!

    BalasPadam
  9. Menarik tradisinya. Semoga kita semua diberikan keberkahan hidup. Sukses selalu

    BalasPadam
  10. Fuh..sedapnya wak!
    Lama dah tak merasa aktiviti gini.

    BalasPadam
  11. Sedapnya bubur Asyura. Teringin pulak nak makan bubur asyura ni.

    BalasPadam
  12. Alhamdulillah semoga ukhwah/ tradisi kampung WP berterusan begitu. Tumpang happy pulak baca.

    BalasPadam
  13. rindunya bubur asyura..da lama tak makan..

    BalasPadam
  14. alhamdulillah.. semoga silaturrahim diberkati. aamiin..

    BalasPadam
  15. Syukur Alhamdulillah.

    Sedap tu.

    BalasPadam
  16. But asyura versi Johor sedap ni wak.. alahai POS la satu

    BalasPadam