Rabu, 28 Ogos 2019

Anak Ayam Turun Tanah

Salam bertani

Anak-anak ayam kampung yang wak tetaskan menggunakan mesin inkubator sudah berumur dua bulan. Minggu ini wak pindahkan anak-anak ayam ini daripada sangkar berlantai tinggi ke dalam reban. Anak-anak ayam kampung ini akan dikurung beberapa hari di dalam reban sebelum dilepaskan bebas pada waktu siang selama beberapa jam. Alhamdulillah, 54 ekor anak-anak ayam kampung ini sihat-sihat semuanya dan tiada seekor pun yang mati semenjak menetas.  Ayam kampung boleh dituai selepas berumur empat bulan.



Anak-anak ayam kampung berumur dua bulan.
Pertama kali dipindahkan ke dalam reban lantai pasir.



Anak-anak ayam kampung selepas menetas menggunakan incubator.
Dididik di sangkar didik (brooder) selama sebulan.
Dipanaskan oleh mentol 5 watt.


Selepas sebulan anak-anak ayam kampung dipindahkan ke dalam
sangkar berlantai tinggi.



Anak-anak ayam kampung berumur hampir dua bulan
di dalam sangkar lantai.


Selepas dua bulan anak-anak ayam kampung dipindahkan ke dalam reban kekal
berlantai tanah/pasir.
Disediakan makanan dan minuman di dalam reban.
Anak-anak ayam akan dilepaskan keluar reban pada waktu petang dan
masuk semula ke dalam reban pada waktu malam.

Salam bertani.

20 ulasan:

  1. Cepat ye 4 bulan je dah boleh sembelih.. Laju membesar, makan dedak pon mesti banyak tu hehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wak bagi makan dedak campur jagung hancur.
      kadang2 bagi juga pokok rumput israel.

      Padam
  2. Ayam pun tahu masuk reban bila sampai waktunya, sy bygkan tadi dua bulan kecik lagi, hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. 2 bulan tu kira anak lagi. 4/5 bulan baru boleh tuai.
      bayangkan ayam bandar tu, 28 hari dah tuai.

      Padam
  3. Kepingin sangat nak perbanyakkan ternak ayam kampung, sekarang ni adalah dlm berbelas ekor sahaja itu pun secara lepas bebas

    BalasPadam
    Balasan
    1. banyak juga kos nak bela ayam kampung ni.
      Sekarang ni kalau bela lepas bebas terus pun tak sesuai.
      Banyak musuh dan mudah kena penyakit.

      Padam
  4. tengok yg 2 bulan tu pun dah besar anak ayam ni WP..
    suka makan ayam kg.. hihi
    klu balik rumah mertua mmg meriah dgn anak kg sbb MLI pun ternak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wak jarang2 beli ayam bandar.
      Bela banyak tu pun untuk makan sendiri aje.

      Padam
  5. Wow banyaknya.. cane nak jaga tu wak.. mama suka anak.ayam baby yg kuning bulu halus aww comel sgt

    BalasPadam
    Balasan
    1. jaga ayam kampung ni senang aje mama.
      yang penting makannya cukup. Ada reban yang sesuai.

      Padam
  6. wah best tu wak, kalau mmg ikut jadual masuk n tidur di reban selamat lah wak, kalau tidak ada yang memerhati macam anjing atau musang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ayam2 kampung ni reti bahasa masuk reban bila maghrib.
      Kalau ayam hutan ternak, tak mau masuk reban, tido atas pokok.

      Padam
  7. Alhamdulillah.Sihat dan membesar dengan baik semuanya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ayam2 ni jinak2 PC.
      Boleh pegang2 sebab dia tak ada ibu dari asal.

      Padam
  8. mesti diorang excited kan pertama kali pijak pasir...hahahahhaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Gambar pertama tu kan mereka nampak exited.
      pertama kali pijak pasir

      Padam
  9. CEPAT MEMBESAR AYA TU YA...KALAU DILEPASKAN KELUAR REBAN TAK SUSAHKAH NAK HALAU MASUK KE REBAN SEMULA

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mula2 memanglah kena halau masuk reban.
      Lama2 okay sebab makanannya diletakkan di dalam reban.

      Padam
  10. Zumal kalau pergi kedai pet, suka betul tengok anak ayam. Cute je

    BalasPadam
    Balasan
    1. Anak ayam ni walau pun cute, tak boleh jadikan pet.
      Dah besar kena sembelih juga.

      Padam