Selasa, 12 Julai 2016

Sayuran Kampung : Pokok Meranti.

Salam bertani.

Salah satu jenis sayuran kampung yang ditanam di kebun WP ialah pokok meranti. Pokok meranti merupakan tumbuhan renek berbatang lembut yang mudah tumbuh di tempat yang kaya dengan bahan organik dan terdedah kepada cahaya matahari. Bahagian pokok meranti yang dijadikan sayuran ialah pucuk mudanya dan juga buah meranti. Anak benih pokok meranti hidup melalui biji benih yang disemai atau tumbuh sendiri.

        Pokok sayuran meranti yang biasa ditanam ada dua jenis iaitu meranti kecil dan meranti gajah. Bezanya pokok meranti kecil mempunyai batang yang agak kecil dan keras serta daunnya agak kecil jika dibandingkan dengan daun meranti gajah. Pokok meranti gajah mempunyai batang yang agak lembut dan berair serta daun yang lebar tertapi rasanya kurang pahit berbanding daun meranti kecil.
Pokok meranti kecil lebih tahan dan pucuknya boleh dituai berulang kali. Buah meranti gajah lebih besar (seakan-akan buah terung pipit) dan biasanya dipanggil terung meranti yang oleh dijadikan ulaman.

Pokok meranti gajah sudah hampir pupus sekarang dan di kebun WP hanya ada menanam meranti kecil sahaja yang boleh dituai pucuknya untuk dijadikan sayuran. Pucuk meranti rasanya agak pahit dan enak dijadikan masakan seperti masak lemak campur dengan keledek, masak tumis kering bersama udang kering, masak bening (sup) dan boleh juga dibuat urap.


Anak benih pokok meranti


Hidup subur di tanah yang kaya dengan bahan organik.
(tanah gambut)


Pucuk meranti yang sesuai dituai.


Pokok meranti yang ditanam di atas batas.
(seperti menanam kangkung atau sawi)


Pucuk yang kerap dituai akan mengeluarkan pucuk baru.


Buah meranti muda.


Buah meranti hampir matang.


Buah meranti matang berwarna hitam.
Mengandungi banyak biji benh yang boleh disemai.


Pokok meranti yang tumbuh di belakang rumah.


Selepas dituai.


Pokok meranti kecil dewasa. Mempunyai batang yang kecil, agak berkayu dan daunnya
lebih kecil tetapi lebih pahit berbanding meranti gajah.

Selepas menjamu pelbagai juadah berat sempena hari raya, cubalah pula masakan sayuran kampung yang ringkas tetapi mengandungi pelbagai khasiat kesihatan dan perubatan.

Salam bertani.


17 ulasan:

  1. Salam,

    Boleh ke saya nak beli biji benih meranti?

    BalasPadam
  2. Saya suka pokok meranti yg bijinya mcm helikopter,kt mana ada jual ye? Saya nk beli😅,sya suka tgk

    BalasPadam
  3. Maaf semua
    Wak tak bekalkan benih meranti.

    BalasPadam
  4. Baru tadi pindahkan benih meranti..Klau di taman sya tanam benih meranti ( sebiji) 15 ~ 20 pokok dlm tong bekas sabun cecari..anak nya sensitif mudah patah bila kena hujan lebat...sekarang sya nak juga tanam...jdi kena beli jaring semaian yg halus dan jaring perangkap nyamuk...bru selmat dpt anak benih...lgi pun tanah merah tak mau hidup...🤔sya guna tanah sawit.

    BalasPadam
  5. Baru tadi pindahkan benih meranti..Klau di taman sya tanam benih meranti ( sebiji) 15 ~ 20 pokok dlm tong bekas sabun cecari..anak nya sensitif mudah patah bila kena hujan lebat...sekarang sya nak juga tanam...jdi kena beli jaring semaian yg halus dan jaring perangkap nyamuk...bru selmat dpt anak benih...lgi pun tanah merah tak mau hidup...🤔sya guna tanah sawit.

    BalasPadam
  6. Ahmad fauzi b Soher
    012 5565758 merits Pascal meranti

    BalasPadam
  7. Ahmad fauzi b Soher...tulisan atas salah..
    Yg..betul tpone 0125565758 cerita pasal meranti

    BalasPadam
  8. Sy baru tanam meranti gajah. Subur sangat. Dlm pasu jer. Benih sy dpt dari tahi burung asalnya yg tumbuh begitu shj. Skrng dh boleh buat sayur. Biji beneh sy kumpulkan simpan. Wasap.my/60194495669

    BalasPadam
  9. Assalamualaikum...kalau ada benih sy nk beli

    BalasPadam
    Balasan
    1. Beli aja sayur meranti kat pasar. Daun dia buat jeklah sayur daun. dia cucuk2 jek kat tanah nanti kalau ada rezeki dia akan tumbuh merendang

      Padam
    2. maksud saya batang dia tu cucuk jek kat tanah

      Padam