Jumaat, 15 Julai 2016

Membentuk Pokok Hiasan 1

Salam bertani.

Ada beberapa pokok hiasan yang ditanam di sekeliling rumah WP. Pokok-pokok ini sama ada ditanam terus di atas tanah atau ke dalam pasu. Pokok-pokok hiasan ini perlu selalu ditrim untuk mendapatkan bentuk yang diperlukan. WP tak tahu nama atau jenis setiap pokok hiasan tersebut. Hanya tahu tanam, jaga dan trim sahaja.










Pokok-pokok hiasan ini ditanam bukan kerana bunganya, tetapi untuk mendapatkan bentuk yang menarik dan pelbagai. Kita perlu rajin mencantas pucuk yang tumbuh untuk mengekalkan bentuk yang diingini.

Salam bertani.

Catat Ulasan