Isnin, 4 Julai 2016

Ternakan Lembu 9.

Salam penternak.

Esok atau lusa kita dah menyambut hari raya. Kerja-kerja menjaga ternakan ni tak ada cuti walau pun pada hari raya pertama. Mereka nak kena jenguk juga. Kena beri makan juga. Begitu juga dengan kerja-kerja bertani. Beberapa hari ni cuaca sungguh panas. Banyak tanaman yang kena siram.

Rezeki Ramadhan. Seekor ibu muda lembu ternakan WP melahirkan anak semalam. Anak pertama, betina juga. Bolehlah berkawan dengan kakak- kakak yang lahir pada akhir bulan April lepas. Syukur Alhamdulillah.


Ibu muda ini baru sahaja melahirkan anak pertama.


Anak betina yang baru belajar menyusu.


"Luas dunia ni rupanya" kata anak lembu.


Baru dilahirkan. Belum kuat berdiri.


Selfie sikit.

Salam bertani.
Selamat menyambut lebaran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan