Selasa, 5 Julai 2016

Pokok Kaktus Cucuk

Salam bertani.

Hari ini hari ke-30 kita berpuasa dan merupakan hari terakhir bulan Ramadhan pada  tahun ini. Jarang-jarang kita dapat berpuasa genap 30 hari. Hari ini juga tentu kita semua sedang sibuk membuat persiapan terakhir untuk menyambut hari lebaran esok. Mungkin masih ada yang bertugas pada hari ini dan mungkin ada yang sedang memandu. Mudah-mudahan semuanya dalam perlindungan Allah.

  Untuk entri ringkas hari ini, WP ingin menunjukkan sepasu tanaman yang unik. Pokok kaktus yang hidup dengan cara cantuman cucuk.



Bahagian pokok kaktus ini hidup setelah dicucukkan pada
ranting pokok bunga renek tersebut.



Pokok kaktus ini mendapat makanan daripada
dahan pokok yang ditumpanginya.



Sepohon kaktus yang hidup di hujung ranting.
Pokok induk mempunyai batang yang berair 
dan diserap oleh pokok kaktus untuk membesar.


Salam bertani.
Salam Ramadhan terakhir.
Selamat menyambut lebaran.


Catat Ulasan