Isnin, 25 Julai 2016

Tanaman Pisang 10 : Pisang Nangka.

Salam bertani.

Salah satu jenis pisang yang biasa ditanam ialah pokok pisang nangka. Apa kaitan pokok pisang ini dengan pokok nangka masih tak dapat dijelaskan. Buah pisang nangka agak berbeza dengan pisang lain kerana warnanya masih hijau apabila matang. Apabila kulitnya menjadi kekuningan, ia sudah tidak sesuai untuk digoreng kerana isinya sudan menjadi lembik.

         Buah matang pisang nangka biasanya dijadikan pisang goreng seperti pisang nipah. Rasanya agak manis tetapi ada sedikit rasa masam seperti pisang tanduk. Pisang nangka juga boleh dibuat pengat, kerepek pisang, disira, direbus dan yang terlalu matang boleh dilenyek untuk dijadikan cekodok, lempeng atau kek pisang. Buah pisang nangka yang matang mengeluarkan aroma yang harum. walau bagaimana pun, jantung pisang nangka kurang sesuai untuk dijadika masakan.

      Bahan penanaman pokok pisang nangka sama seperti pisang lain iaitu menggunakan sulur anak yang dihasilkan oleh pisang dewasa. Seelok-eloknya mulakan mengubah sulur anak pisang nangka semasa awal musim hujan. Pokok pisang nangka dewasa biasanya mengeluarkan sulur yang banyak. Setiap perdu hanya perlu tinggalkan satu atau dua sulur anak pisang sahaja supaya dapat hidup dengan sihat dan mengurangkan persaingan. Pokok pisang yang terlalu banyak dalam satu perdu akan menghasilkan buah yang kurang berkualiti.


Anak pokok pisang nangka dari sulur pedang (besar)
dan sulur air (kecil). Sulur air tidak sesuai dijadikan bahan penanaman.


Bahan penanaman dari sulur pedang paling sesuai.


Anak benih pokok pisang nangka yang
ditanam menggunakan sulur pedang.


Anak pokok pisang nangka sedang membesar.
Boleh gunakan baja NPK 15:15:15 dan baja organik untuk
menggalakkan tumbesaran.


Buah pisang nangka muda.


Pokok pisang nangka dewasa yang telah mengeluarkan hasil.
Pokok perlu disangga untuk mengelakkan patah tengah atau tumbang.


Pokok pisang nangka dewasa akan mengeluarkan buah dan sulur serentak.
Jangan ambil sulur sehingga kita menuai hasil untuk mengekakkan kerosakan pada
pokok induk dan mengelakan tumbang.


Buah pisang nangka 


Buah yang hampir matang dan sudah boleh dituai.


Buah pisang nangka disisir untuk diperam.


Buah pisang nangka yang sudah matang.
Warna kulitnya menjadi hijau cair dan buahnya lembut 
apabila dipicit. Harga jualan biasanya RM3.50 sekg.

Kita sungguh bertuah kerana mempunyai pelbgai jenis pisang yang boleh ditanam dan pelbagai kegunaannya.  Daun pisang juga berguna dan ada juga tempat yang memanfaatkan umbut pisang sebagai sayuran. Buah pisang juga mempunyai nilai perubatan dan kesihatan.

Salam bertani.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan