Isnin, 18 Julai 2016

Musim Durian.

Salam bertani.

Alhamdulillah, musim durian dah bermula. Mulai beberapa hari yang lepas, buah durian peringkat ke-dua di kebun WP sudah mula gugur. Dapatlah adik-beradik yang pulang beraya merasa buah durian fresh dari kebun.


Hari pertama 4 biji buah durian telah gugur.


Isinya


Seterusnya lebih banyak yang gugur.


Baru dikutip dari kebun.
Tangkainya masih baru.



Sebiji daripadanya.


Setelah dibuka.


Inilah isinya.

Musim durian kali ini menpunyai tempuh yang panjang kerana ada beberapa peringkat. Ada buah yang sudah mulai gugur sekarang, ada buah yang masih muda dan ada yang masih berputik. Ini mungkin akibat daripada fenomina cuaca yang terlampau panas semasa peringkat pembentukan bunga durian yang lalu. Walau bagaimana pun, kualiti buah tidak terjejas.

Salam berani.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan