Khamis, 21 Julai 2016

Pokok Lemba.

Salam bertani.



Pernah lihat atau tanam pokok ini? Di tempat WP tumbuhan ini dipanggil pokok lemba iaitu sejenis tumbuhan herba yang mempunyai pelbagai khasiat kesihatan dan perubatan. Pokok lemba juga menghasilkan buah yang boleh dimakan segar. Buah yang matang berasa manis dan dapat mengekalkan rasa manisnya di tekak kita dalam masa yang lama terutama apabila kita meminum air kosong atau makanan masam.

  Ada beberapa perdu pokok lemba yang dibiarkan hidup subur dan membiak di kebun buah-buaan WP sejak sekian lama. Semasa zaman kanak-kanak dahulu, WP gemar mencari dan memakan buah lemba yang matang. Buahnya berasa manis dan mengekalkan rasa manis di tekak kita. Bijinya berwarna hitam seperti biji selasih. Walaupun WP tidak memanfaatkan nilai herbanya lagi, tetapi perlu mengekalkan pertumbuhannya untuk mengelakkannya daripada pupus. Malah WP ada menanamnya di dalam polybag dan sudah berbunga seperti gambar di atas. 

Pohon lemba sesuai hidup di kawasan tanah lembap dengan bekalan air yang tinggi dan hidup subur di kawasan naungan seperti di bawah pokok buah-buahan atau kelapa sawit. Penggunaan racun rumpai di kawasan kebun sekarang menyebabkan spesis pokok ini hampir pupus.


Bunga dan buah lemba.


Pokok lemba membiak dengan mengeluarkan sulur yang akan
membentuk anak pokok.


Anak pokok lemba yang tumbuh melalui sulur induknya.


Pokok lemba dewasa


Hidup berkelompok dalam satu kawasan.


Pokok lemba dewasa yang sudah berbunga dan berbuah.


Mengelurkan bunga dan buah seperti tandan
dari kelopak daunnya.


Buah lemba matang

Pokok lemba merupakan tumbuhan herba yang mengandungi pelbagai khasiat perubatan dan kesihatan. Keseluruhan pokok ini (batang, daun, buah dan akar) telah digunakan oleh masyarakat kita dahulu untuk meredakan pelbagai jenis penyakit dan penjagaan kesihatan terutama untuk kaum wanita.

WP memelihara pokok ini agar tidak pupus dan ada generasi akan datang yang mengenalinya.
Salam bertani.

5 ulasan:

  1. Macamana Cara makanya, adakah Cara rebusan atau makan mentah?

    BalasPadam
  2. mane nk dpt benih..pupus dah di kawasan sy

    BalasPadam
  3. Maaf tiada bekalan.
    Masa tebang pokok getah tahun lepas, pokok lemba habis mati dilenyek jentolak.

    BalasPadam
  4. Pokok lemba ini banyak terdpt di kebun getah, masa zaman sekolah dulu pernah ikut Tok pergi kekebun getah dn kutip buah lemba, rasa manis dn bila minum air kosong akan manisnya..kenangan masa remaja...

    BalasPadam