Sabtu, 13 Februari 2016

Tanaman Pokok Kantan.

Salam bertani.

Terdapat banyak rumpun pokok kantan di belakang rumah "Warisan Petani" yang hidup subur dan sentiasa mengeluarkan bunganya. Pokok kantan merupakan tumbuhan herba yang hidup berumpun seperti pokok lengkuas atau pokok halia. Rumpunnya sentiasa bertambah dari anak pokok yang tumbuh melalui rizomnya. Bunga pokok kantan juga tumbuh melalui rizom pokok yang terdapat di dalam tanah.

   Pokok kantan boleh hidup subur di kawasan rendah asalkan tidak menakung air.Ia juga memerlukan sedikit naungan dan boleh ditanam di kawasan dusun buah-buahan.

   Pokok kantan biasanya dibiakkan melalui keratan rizom dari sebatang pokok. Anak-anak pokok akan muncul dari rizom tersebut setelah beberapa minggu disemai. Anak pokok kantan boleh juga disemai melalui biji benih kantan yang matang. Bunga kantan yang tidak dituai akan mengeluarkan buah kantan yang mengandungi biji benih yang boleh disemai tetapi pertumbuhannya agak lambat.

   Hasil tanaman pokok kantan ialah bunganya. Bunga kantan merupakan sayuran herba yang biasa digunakan sebagai ulaman nasi kerabu, kuah laksa, nasi ulam dan sebagai bahan perasa dan penambah aroma (untuk menghilangkan bau hanyir) dalam masakan ikan asan pedas.



Anak benih pokok kantan dalam polybag.


Keratan rizom pokok kantan yang sesuai dijadikan
bahan penanaman.


Pokok kantan dewasa mengeluarkan rizom sebagai pokok baru 
atau kudup bunga.


Rumpunan pokok kantan dewasa.


Serumpun pokok kantan yang 
telah mengeluarkan hasil.


Bunga kantan akan dituai setiap minggu.


Bunga kantan yang sesuai dituai.


Bunganya perlu dituai sebelum berkembang.


Sekuntum bunga kantan yang sesuai dituai.


Sekuntum bunga kantan yang cantik.
Sudah tidak sesuai dituai dan boleh dibiarkan
untuk menghasilkan biji benih.



Buah pokok kantan.
Apabila matang akan menghasilkan biji benih.


Bunga kantan yang dijual di pasar tani.
Seikat seringgit (3 kuntum).

   Selain bunganya yang dijadikan bahan masakan, bahagian-bahagian lain pokok kantan juga mengandungi khasiat perubatan yang telah diamalkan oleh masyarakat kita sejak turun temurun. Ia dikatakan boleh merawat penyakit telinga, dijadikan bahan pembersih luka dan boleh menghilangkan bau badan. Bunganya juga berfungsi sebagai penambah selera makan.

Marilah kita menanam pokok kantan yang mengandungi pelbagai khasiat.
Salam bertani.

14 ulasan:

  1. bunga kantan memang popular di Malaysia

    BalasPadam
  2. boleh hubungi saya...saya memerlukan benih kantan sebanyak 100 pokok...012y774463

    BalasPadam
  3. saya memerlukan benih kantan sebanyak 100 pokok...0126774463 azrul

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maaf, tidak membekalkan benih kantan

      Padam
    2. Saya membekal kan bunga kantan dan anak pokok kantan sekali, sesiapa yg berminat blh hubungi saya. 0199737669 (Azri)

      Padam
  4. Hi Tuan/Puan, saya student Video Production, saya sangat berminat proses bunga kantan juga saya berharap boleh membuat interview dengan Tuan/Puan tentang proses bunga kantan dan shoot dekat ladang Tuan/Puan sana. bolehkah sya dapatkan contact Tuan/Puan ?

    BalasPadam
  5. Maaf permintaan tak dapat ditunaikan

    BalasPadam
  6. Kantan mermerlukan cahaya matahari penuh atau redup?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Seelok2nya pencahayaan penuh untuk meransang pengeluaran bunganya.

      Padam
  7. kalau saya tanam dalam polibeg besar dan letak terus direct sun dengan bantuan sistem pengairan titis boleh tak?

    BalasPadam
  8. Tak sesuai sebab sebab pokok kantan ini besar juga dan berumpun dan mempunyai sistem akar serabut yang panjang. Seelok2nya tanam di atas tanah

    BalasPadam
  9. Wak kebun d mana wak, nk melawat boleh

    BalasPadam