Khamis, 18 Februari 2016

Pokok Inai.

Salam bertani.

Terdapat dua pokok inai yang ditanam di belakang rumah "Warisan Petani". Pokok-pokok ini hidup subur walaupun jarang-jarang dibaja dan digunakan. Cuma sesekali dicantas apabila sudah agak tinggi. Pokok inai mudah dibiakkan menggunakan keratan batang.

   Pada masa dulu pokok inai ini sering digunakan terutama bila ada majlis perkahwinan. Daunnya digunakan sebagai bahan pewarna untuk kulit, kuku dan rambut. Sekarang orang ramai lebih senang menggunakan pewarna yang dijual di pasaran. Daun inai juga boleh digunakan sebagai pewarna fabrik.

     Selain itu daun inai selalu digunakan untuk mengubati penyakit kuku (cagu) dengan menampalkan daun inai yang telah dilumatkan pada kuku yang sakit. Inai juga dikatakan boleh menjadi agen penyejuk badan, penyembuh luka, sakit kulit, masalah rambut, penyakit hati dan banyak lagi.

 Anak pokok inai.

 Daun inai muda.

 Dahan inai mempunyai banyak ranting kecil.

 Sepohon inai. Di belakangnya ialah
pokok sirih dan belimbing buluh.


 Bunga inai yang belum kembang.


Bunga inai yang sedang mekar.

Buah pokok inai.

Buah pokok inai yang sudah matang dan kering.
Mengandungi biji benih inai.


Pokok inai banyak keguaan dan khasiatnya. Tanamlah pokok inai untuk kegunaan sendiri dan boleh digunakan pada bila-bila masa apabila diperlukan.

Salam bertani.

Catat Ulasan