Khamis, 11 Februari 2016

Ternakan Lembu 5

Salam menternak.

Menternak lembu merupakan kerja harian WP yang mesti dilakukan sama ada cuaca panas, hujan dan sebagainya. Setakat ini, Alhamdulillah semua lembu yang diternak sihat dan membesar seperti yang diharapkan.

   Sistem penternakan yang dijalankan ialah secara tambat dan perlu dialih setiap hari. Hanya lembu-lembu dewasa sahaja yang ditambat manakala anak-anak lembu dibiarkan bebas meragut di kawasan ragut yang disediakan. Lembu-lembu yang diternak tidak disediakan kandang dan berada di padang ragut sepanjang masa.

        Lembu-lembu akan meminum air sungai sendiri. Walau bagaimana pun, sekiranya air sungai cetek (akibat empangan ditutup) lembu-lembu akan diberikan  minuman air sungai menggunakan baldi. Semua lembu yang diternak sangat jinak dan mengenali tuannya. Malah bunyi enjin motor tuannya pun mereka kenal.

Lembu pejantan Brahman.
Sangat besar dan tinggi.


Lembu induk Brahman.


Lembu induk KK


Lembu induk KK


Anak jantan 2 tahun 2 bulan.


Anak jantan 2 tahun 3 bulan.


Anak betina Brahman 2 tahun 2 bulan.

Anak betina Brahman 1 tahun 3 bulan.


Anak jantan Brahman X KK  10 bulan.



Anak  jantan KK bersama induknya.
9 bulan.


Anak jantan Brahman 3 bulan.


Keadaan padang ragut.
Lembu akan meminum air sungai sendiri.


Burung bangau sedang terbang.


Terdapat banyak burung bangau di padang ragut.
Ianya sangat berguna kerana memakan serangga yang 
 terdapat di badan lembu.

Kerja-kerja menternak lembu tidaklah susah. Hanya memerlukan masa tak sampai satu jam untuk mengalihkan lembu-lembu dewasa yang ditambat ke tempat ragutan baru. Setiap pusingan ragutan memakan masa lima minggu di kawasan ragut sepanjang dua km.

Salam menternak.



 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan