Selasa, 9 Februari 2016

Tanaman Nangka 3

Salam bertani.

Sempena cuti Tahun Baru Cina ini, WP telah menyimpan beberapa biji buah nangka untuk dijadikan pencuci mulut ahli keluarga yang berkumpul. Kebetulan pada hari ini kesemua buah nangka itu telah masak dan telah dibuka untuk mendapatkan isinya.



Tiga biji buah nangka dari pokok yang berlainan.


Buah pertama, nangka madu


Isinya berwarna kuning dan sangat manis.


Buah kedua berwarna merah.
Isinya sangat tebal berbentuk bulat.


Buah ketiga.
Empulurnya besar dan isinya padat.



Gambar dekat.


Isi yang telah dikeluarkan. 

 

Jerami buah nangka.
Dijadikan kompos.


Biji nangka mentah,


Biji nangka yang telah direbus.

Tanaman nangka sentiasa mengeluarkan hasil kerana nangka adalah dari jenis buah-buahan yang tidak bermusim.

Salam bertani.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan