Rabu, 17 Februari 2016

Pokok Bunga Kertas.

Salam bertani.

Petang semalam selepas pulang dari kebun, sempat ambil gambar pokok bunga kertas di depan rumah yang telah dipangkas beberapa minggu yang lalu. Pokok-pokok bunga kertas tersebut terpaksa dipangkas kerana keadaannya yang sudah terlalu rimbun sehingga menyukarkan pandangan untuk memandu keluar dari rumah.




Pokok bunga kertas yang telah dipangkas beberapa minggu
yang lalu.


Keadaan pokok di atas sebelum dipangkas.
Mungkin boleh patah atau tumbang sekiranya tidak dipangkas.



Pokok ke dua selepas dipangkas.


Keadaan asal yang terlalu rimbun sehingga
mengganggu pandagan untuk memandu keluar dari rumah.

Pokok ke tiga selepas dipangkas.


Keadaan asalnya.

Pokok bunga kertas yang telah dipangkas akan mula mengeluarkan bunga pada musim panas ini.

Salam bertani.
Catat Ulasan