Jumaat, 12 Februari 2016

Pokok Cekur Manis.

Salam bertani.

Pokok cekur manis merupakan tanaman sayur kampung yang banyak ditanam di sekeliling rumah "Warisan Petani". Ia adalah pokok renek yang berbatang lurus dan mudah bercabang apabila dicantas. Ia merupakan sayuran daun di mana pucuknya boleh dijadikan ulaman , dimasak lemak ataupun digoreng.

    Pokok cekur manis mudah ditanam meggunakan keratan batang. Ia juga boleh ditanam menggunakan biji benih tetapi peratusan percambahannya agak rendah dan lambat membesar. Keratan batang yang ditanam perlu disiram setiap hari sehinggalah ia mengeluarkan tunas muda.

       Pokok cekur manis yang selalu dicantas dan mendapat pencahayaan serta air yang cukup lebih cepat mengeluarkan pucuk muda. Pokok yang tidak dicantas akan menjadi tinggi dan sukar untuk mengutip hasilnya.


Anak benih cekur manis yang dibiakkan
melalui keratan batang.

 
Peringkat awal pertumbuhan.
Perlu penyiraman yang kerap.


Setelah beberapa bulan ditanam.


Sudah boleh dituai pucuknya.

 
Daun cekur manis yang sesuai dijadikan sayuran.



Sebaris pokok pucuk manis yang ditanam
sepanjang pagar rumah.


Pokok cekur manis dewasa yang kerap
dituai pucuknya.


Pokok cekur manis yang ditanam tunggal.


Pokok tunggal lebih besar dan tinggi.
Menghasilkan lebih banyak pucuk baru.


Bunga cekur manis terletak di bahagian bawah daun.


Buah cekur manis muda.


Buah matang. Setiap buah menghasilkan tiga biji benih.


Sayur cekur manis yang dijual di pasar tani
Seikat seringgit.

Selain enak dijadikan sayuran dan ulaman, daun cekur manis juga mengandungi pelbagai khasiat kesihatan. Daunnya mengandungi kandungan zat yang tinggi. Ia amat berguna untuk kaum wanita serta dapat meredakan panas badan, tekanan darah rendah dan penyakit jantung.

Salam bertani.

3 ulasan: