Ahad, 21 Jun 2020

Tuai Keladi Putih

Salam bertani

Pagi tadi wak menuai serumpun keladi putih yang ditanam di kebun. Pokok keladi putih sudah boleh dituai apabila berumur enam bulan. Umbisi keladi putih sesuai digoreng atau dibuat pengat, manakala keseluruhan batangnya boleh dijadikan sayuran.



Umbisi keladi putih yang baru dituai.


Serumpun keladi putih.
Ibu keladi di kelilingi oleh anak2 keladi.
Keladi putih tidak mengeluarkan sulur.
Anak2 keladi boleh  dipisahkan untuk dijadikan
anak benih atau sayuran batang keladi.


Induk keladi putih sudah matang.


Keladi putih dituai bersama anak2nya.
Keseluruhan batang keladi putih boleh dibuat sayuran.


Setelah dibersihkan.
Beberapa pokok anak keladi putih ditinggalkan
supaya membesar menjadi induk keladi.


Petang ini kudapan keladi putih goreng cicah sambal kicap.
Jemputlah menjamu selera.


Salam bertani.

19 ulasan:

  1. alhamdulillah
    membuahkan hasil
    sedapnya

    BalasPadam
  2. Wak sambal kicap tetap di hati ek, makan dgn yg goreng2 kan, masuk sgt dgn goreng keladi tu.

    BalasPadam
  3. sedapnya goreng keladi...batangnya buat gulai tempoyak mavles

    BalasPadam
  4. sedap nya wak, balik kampung nanti nak cari lah keladi putih nih... sedap betul bila di goreng cicah sambal kicap... mantap wak

    BalasPadam
  5. Nampak sedap tu ha wak....geram plak SA...SA penggemar keladi

    BalasPadam
  6. Wak..mcm mana nk menyiang keladi,buang kulit pd isi dan batangnya tu..gatal kalau tak pakai glove..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha aa kena buanglah kulit dan batangnya. Batangnya boleh buat satur.
      Keladi putih ni tak gatal. Masa menyiang tu pastikan keladi tu kering, jangan kena air. Dah siap siang baru basuh.

      Padam
  7. uiit keladi goreng sedap. keladi ni saya hanya makan kalo digoreng saja. yang lain2 x reti.. eheh..

    BalasPadam
  8. keladiiii sedap. cicah ngan sambal kicap + opi waktu hujan mencurah. perfect!

    BalasPadam
  9. Wah sedap tu keladi goreng panas2

    BalasPadam
  10. Sambal kicap tak pun sambal tumis sedapnya makan dengan keladi ni.

    BalasPadam
  11. xpernah tgok keladi goreng mcm tu..mcm cucur

    BalasPadam
  12. Saya pernah makan keladi putih goreng gini Wak, tapi tak tahan, lidah jadi gatal macam lidas...kenapa ek Wak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Keladi putih ni ada dua jenis Lin.
      Satu jenis bersulur
      Satu lagi tidak bersulur.
      Yang ni jenis tidak bersulur. Kadang2 orang panggil keladi minyak, memang tak gatal.
      Yang gatal tu keladi putih yang bersulur.
      Biasanya orang ambil sulurnya sahaja buat sayur.

      Padam
  13. nampak sedap tu wak, buat minum petang...

    BalasPadam
  14. Sedapnya keladi goreng.. Sini susah nak jumpa..

    BalasPadam
  15. Numpang promo ya gan
    kami dari agen judi terpercaya, 100% tanpa robot, dengan bonus rollingan 0.3% dan refferal 10% segera di coba keberuntungan agan bersama dengan kami ditunggu ya di dewapk^^^ ;) ;) :*

    BalasPadam