Khamis, 25 Jun 2020

Batang Keladi Putih Masak Tumis

Salam bertani.

Hari ini wak menjamu selera tengah hari dengan makan nasi panas bersama sup ayam kampung dan sayur batang keladi tumis. Batang keladi yang paling sesuai dijadikan sayuran ialah keladi putih yang dipanggil keladi minyak kerana ia tiada rasa gatal dan mudah dimasak. Batang keladi minyak dan umbisinya tak perlu direbus, sebaliknya terus ditumis seperti kita menumis sawi atau kangkung. Cuma pastikan kita menumis sehingga batang keladi putih serta umbisinya lembut dan empuk sebelum dihidangkan sebagai juadah yang menyelerakan.


Masakan batang keladi tumis hidangan tengah hari ini.
Selain ditumis, batang keladi enak dimasak asam rebus
atau masak lemak.



Seperdu keladi putih yang dituai.
Induk keladi dan 5 batang anaknya.
Umbisi induk keladi boleh digoreng atau dibuat pengat.
Anak2 keladi boleh dijadikan sayuran.


Batang anak keladi dan umbisinya yang telah disiang.
Kulit di sekeliling batang keladi hendaklah dibuang.
Umbisi keladi dikupas kulitnya dan dipotong kecil.
Siang batang keladi dan umbisinya dalam keadaan kering
(jangan gunakan air). Selepas selesai baru dibersihkan
sebelum dimasak.


Inilah pokok keladi putih yang dipanggil keladi minyak.
Ia tidak mengeluarkan sulur keladi sebaliknya mengeluarkan
rizom keladi di sekeliling umbisi induknya.
Batang keladi  minyak inilah yang paling sesuai dijadikan
 sayuran kerana tidak gatal dan enak rasanya.



Ini juga keladi putih yang dipanggil keladi sulur.
Umbisi dan batangnya boleh juga dijadikan sayuran tetapi
kalau tak tahu mengolahnya akan merasa gatal di tekak.
Batang keladi putih sulur ini perlu direbus dahulu sehingga 
lembut dan ditoskan (airnya dibuang) sebelum dimasak 
untuk mengelakkan rasa gatal tersebut.


Pokok keladi putih sulur mengeluarkan banyak sulur yang
boleh dijadikan sayuran. Sulurnya juga perlu direbus dahulu
sehingga mendidih dan ditoskan sebelum dimasak.

Untuk memasak sayuran batang keladi, pastikan kita memilih batang keladi putih yang dipanggil keladi minyak kerana ia tidak meninggalkan rasa gatal di tekak malah rasanya lembut, enak  dan mudah dimasak.


Salam bertani.

24 ulasan:

  1. sedap menunya wak :)
    shida belum pernah masak sayur keladi ni.

    shida dah follow blog wak,
    jemput join segmen shida ye wak :)
    http://www.duniashida.com/2020/06/segmen-bloglist-2020-blog-shida.html

    BalasPadam
  2. Tq atas tips masak keladi tu wak :)

    BalasPadam
  3. wah sedap tu sayur keladi goreng

    BalasPadam
  4. sy x berapa makan keladi tp ubi keladi tu boleh je makan esp masa banjir...

    BalasPadam
  5. Saya tak kenal jenis 2 keladi,selalu beli yg dh siap dipotong ja

    BalasPadam
  6. daun pun dapat di masak kah ?

    BalasPadam
  7. kami kalau bab batang keladi, memang kami beli yg dah siap masak je kalau nk makan.hehehe.setakat ubi keladi buleh lagi kami masak buat bubur.

    BalasPadam
  8. lama sangat tak makan sayur batang keladi.PC suka kalau di masak asam rebus.Kali terakhir makan orang masak asam rebus juga gatal tekak berhari-hari.Fobia nak makan lagi bila teringat.

    BalasPadam
  9. Masa zaman sekolah dulu, roommate selalu bawa asam pedas batang keladi. Mak dia masak. Sedap!

    BalasPadam
  10. sedapnya..tak pernah lg makan keladi tumis mcm ni, selalu asam rebus je..

    BalasPadam
  11. Rindu nak makan sayur keladi!

    BalasPadam
  12. Saya tak reti nak bezakan mana satu yg gatal, mana yg tak. Bila saya pegi pasar tya, dorg kata tak gatal, tapi saya tetap takut nak beli.

    BalasPadam
  13. Alahaii sedapnyaaa Wak uittt...saya boleh ratah kalau masak sam revus keladi tu..

    BalasPadam
  14. Maq adalah salah seorg yg tak reti masak sayur keladi..

    BalasPadam
  15. Saya tak pandai masak sayur keladi dan cara mengendalikannya. Dulu pernah gatal tangan dan ubi bila dimakan gatal juga...

    BalasPadam
  16. Sedapnya.. lama tak makan.. sini jarang jumpa..

    BalasPadam
  17. Saya suka jugak makan batang keladi ni WP tapi tak sukalah menyiang hihi..... Hari tu balik kg beli keladi, RM8 henggit sekilo...tu dia....tapi bila goreng sedapnya WP lemak, lembut semua ada. Mmg best!

    BalasPadam
  18. Numpang promo ya gan
    kami dari agen judi terpercaya, 100% tanpa robot, dengan bonus rollingan 0.3% dan refferal 10% segera di coba keberuntungan agan bersama dengan kami ditunggu ya di dewapk^^^ ;) ;) :*

    BalasPadam