Ahad, 28 Jun 2020

Membiakkan Tanaman Kantan Merah.

Salam bertani

Asalnya wak hanya tanam sepohon aje pokok kantan merah pemberian benih daripada seorang sahabat. Sehinggalah pokok kantan merah ini berbunga barulah wak terfikir untuk memperbanyakkan tanaman kantan merah ini  kerana bunganya yang sangat digemari dan jarang-jarang terdapat di pasaran.

Semasa HPPNK di JB pada akhir tahu lepas, wak ada ternampak boots yang jual anak benih kantan merah dalam polibeg. Kalau tak silap harganya RM60.00 satu polibeg.  Jadi wak pun cuba biakkan sendiri tanaman pokok kantan merah ni dengan menggunakan keratan rizom berakar daripada pokok induk yang ada. Sekarang wak dah ada lebih kurang 30 perdu anak pokok kantan merah yang sedang membesar. Pokok kantan merah memerlukan masa sekurang-kurangnya 8 bulan untuk berbunga selepas ditanam.



Sekuntum bunga kantan merah yang sedang mekar


Inilah perdu asal (induk) pokok kantan merah di kebun WP
Sentiasa menghasilkan bunga kantan merah.


Perdu kantan merah ini baru belajar berbunga
Dibiakkan daripada pokok kantan induk di atas


Yang ini juga sudah berbunga sulung


Anak pokok kantan merah berumur 3 bulan


Seperdu lagi anak pokok kantan merah


Subur menghijau


Rumput di perdu pokok ini perlu dibersihkan


Baru ditanam daripada sebatang induk dewasa


Rizom yang baru ditanam telah menghasilkan anak pokok


Bunga kantan merah


Hasil tuaian

Salam bertani.

27 ulasan:

  1. Wahhh kalau beli tu dah berapa hinggit dah. Kalau boleh buat sendiri kenapa perlu buang duit kan

    BalasPadam
  2. Cantik betul bunga kantan kembang. First time tengok yang kembang elok.

    BalasPadam
  3. Cantiknya kantan merah..yg biasa jual tu pink. Satu lagi putih kan? Tau 3 kaler tu je.


    Wak, tolong bagi detail pengeposan kat ruangan email blog saya ya :)

    BalasPadam
  4. cantiknya kantan merah benihnya pun mahal

    BalasPadam
  5. Apa beza dengan bunga kantan biasa?
    Di rumah ada tanam bunga kantan.

    BalasPadam
  6. Cantiknya. Bunga kantan biasa pun dah mahal dah sekarang.

    BalasPadam
  7. lawa! bunga kantan jgn di buat main, mahal juga ooo... kekadang beli sekuntum dua untuk masak.. nk tanam sendiri tak pandai hehe

    BalasPadam
  8. Masa balik Kedah baru ni, berkeliling kami cari bunga kantan ni wak, akhirnya dapat di sebuah kedai runcit, satu RM2.50, hehe

    BalasPadam
  9. cantik bunga kantan merah..

    BalasPadam
  10. Cantik pulak si bunga kantan merah ni. Apa beza dengan yang biasa tu yer?

    BalasPadam
  11. suburnya.. Mahal bunga kantan sekarang ni. sekuntum sampai rm2-3 ringgit.

    Tanam kunyit cemana pulak ye. saya banyak kali dah tanam kunyit. mesti jadi buruk kunyit dalam tanah tu. Tak pernah naik pun pokok dia.

    BalasPadam
  12. First time tengok bunga kantan merah yang sedang kembang :)

    BalasPadam
  13. Cantik bunga kantan merah bila kembang

    BalasPadam
  14. Bunga kantan pun mahal sekarang, ada kedai jual rm8 sekuntum huhu

    BalasPadam
  15. Cantik merah bunga kantan ni. Sekarang tak kira musim raya ke tak, bunga kantan mahal betul harganya. Valuable comodity ni wak, hehe.

    BalasPadam
  16. belakang rumah abah saya kat raub banyak bunga kantan merah ni...tp suami tak minat rasa kantan... selalu kakak je bawak balik KL jual...dia kata kat KL laku sangat ni...jual kat kedai runcit bawah rumah je...

    BalasPadam
  17. masak bersama pansuh ayam, perkasam ikan, org tumis ikan bilis belacan sedap bunga kantan ni. buah dia pun if dah masak, makan dgn cili belacan, fuhh!!! skrg susah dah nak cari buahnya

    BalasPadam
  18. Ni bunga kantan yg biasa tu kan WP... ke lain. Berapa jenis sebenarnya bunga kantan ni WP. Bunga kantan ni kalau time Raya mmg laku

    BalasPadam
  19. kalo tanam dalam pasu besar boleh tak wak? nak ke dia hidup ek...tinggi jugak pokok dia tu

    BalasPadam
  20. Mahal jugak ya Wak benihnya tu. Hehe.

    Seronoknya tengok wak berbudi pada tanah. Mekar elok bunga kantannya tu.

    Buat asam pedas. Atau ulam pun sedap nya 😋😋

    BalasPadam
  21. Numpang promo ya gan
    kami dari agen judi terpercaya, 100% tanpa robot, dengan bonus rollingan 0.3% dan refferal 10% segera di coba keberuntungan agan bersama dengan kami ditunggu ya di dewapk^^^ ;) ;) :*

    BalasPadam
  22. Saya beli anak bunga kantan merah sudah 2 kali tak hidup..yang baru keli ke 3 tengah muncuk tunas..harap harap Tak mati lagi..nak beli yg dh hidup kalu Ada org jual online.

    BalasPadam