Ada sepohon durian kampung di belakang rumah wak yang berumur lebh 30 tahun mempunyai buah yang bertangkai panjang. Namun ia bukanlah durian klon Siam D158 yang dipanggil Kanyao itu. Cuma pokok ini ditanam daripada biji benih durian Kanyao tersebut.
Pada musim durian kali ini, pokok durian kampung tangkai panjang ini berbuah lebat. Isinya berwarna kekuningan dan rasanya tak kurang hebat berbanding durian D158 itu.
Durian kampung tangkai panjang
Mempunyai tangkai buah yang panjang
Beratnya antara 1.5 - 2.5 kg sebiji
Sebiji buah durian kampung tangkai panjang yang dibuka.
Isinya 1 - 2 ulas sepangsa berwarna kekuningan.
Seulas sepangsa
Seulas juga.
Saiz buah yang sekata
Rasanya lazat setanding durian klon.
Kucing tidur.
Inilah pokok durian kampung tangkai panjang
yang berbuah lebat kali ini.
Kebanyakan buah durian kampung tangkai panjang ini
sudah berguguran dan musimnya hampir berakhir.
Salam bertani.
Gebunya isi dia :)
BalasPadamWak ni tayang durian je. Hehe.
BalasPadamSedapnya durian.
BalasPadamsedapnyaaa! tak rasa lagi durian tahun ni
BalasPadambesar ulasnya puas hati mkn ni
BalasPadamCantik isinya Wak.
BalasPadamBila ada pokok durian sendiri, musim gugurnya memang aromanya semerbak di segenap kebun!
besar2 ulasnya..
BalasPadamComel tapi isinya padu.
BalasPadamWak, sampai hati wak buat saya kempunan, huhu nak juga..wak dah byk2 durian mesti byk buat tempoyak kan, tempoyak org jual rm25 sekilo.
BalasPadamUuuiiii... meriahnya di atas pokok!
BalasPadamwaalaikumussalam. ya Allah. menggodanya isi durian kuning tuuuuuuuuuu
BalasPadamfuhh..terliur tengok
BalasPadammak aih gebunya isi dia, seulas satu pangsa tu, pushati makan
BalasPadamCantik isinya tu
BalasPadamOrg yg tak punya kebun mcm saya ni cuma tau mkn ja..jenis2 durian...langsung tak tau
BalasPadamBuah cantik dan gebu2 isi durian, puas hati makan
BalasPadamSabar jer la SA tengok...
BalasPadamDurian wak semua mengundang ai nak g cari durian.
BalasPadamIalah panjang tangkai dia compare dengan durian kampung biasa.
BalasPadamIsi kuning macam ni Mrs. A suka yummy!
Panjang tangkainya.. selalu jumpa pendek je..
BalasPadam