Jumaat, 19 Jun 2020

Durian Kampung Tangkai Panjang

Salam bertani.

Ada sepohon durian kampung di belakang rumah wak yang berumur lebh 30 tahun mempunyai buah yang bertangkai panjang. Namun ia bukanlah durian klon Siam D158 yang dipanggil Kanyao itu. Cuma pokok ini ditanam daripada biji benih durian Kanyao tersebut.

Pada musim durian kali ini, pokok durian kampung tangkai panjang ini berbuah lebat. Isinya berwarna kekuningan dan rasanya tak kurang hebat berbanding durian D158 itu.



Durian kampung tangkai panjang
Mempunyai tangkai buah yang panjang
Beratnya antara 1.5 - 2.5 kg sebiji


Sebiji buah durian kampung tangkai panjang yang dibuka.
Isinya 1 - 2 ulas sepangsa berwarna kekuningan.


Seulas sepangsa


Seulas juga.


Saiz buah yang sekata 


Rasanya lazat setanding durian klon.


Kucing tidur.


Inilah pokok durian kampung tangkai panjang
yang berbuah lebat kali ini.


Kebanyakan buah durian kampung tangkai panjang ini
sudah berguguran dan musimnya  hampir berakhir.


Salam bertani.

20 ulasan:

  1. Wak ni tayang durian je. Hehe.

    BalasPadam
  2. sedapnyaaa! tak rasa lagi durian tahun ni

    BalasPadam
  3. besar ulasnya puas hati mkn ni

    BalasPadam
  4. Cantik isinya Wak.
    Bila ada pokok durian sendiri, musim gugurnya memang aromanya semerbak di segenap kebun!

    BalasPadam
  5. Wak, sampai hati wak buat saya kempunan, huhu nak juga..wak dah byk2 durian mesti byk buat tempoyak kan, tempoyak org jual rm25 sekilo.

    BalasPadam
  6. Uuuiiii... meriahnya di atas pokok!

    BalasPadam
  7. waalaikumussalam. ya Allah. menggodanya isi durian kuning tuuuuuuuuuu

    BalasPadam
  8. mak aih gebunya isi dia, seulas satu pangsa tu, pushati makan

    BalasPadam
  9. Org yg tak punya kebun mcm saya ni cuma tau mkn ja..jenis2 durian...langsung tak tau

    BalasPadam
  10. Buah cantik dan gebu2 isi durian, puas hati makan

    BalasPadam
  11. Durian wak semua mengundang ai nak g cari durian.

    BalasPadam
  12. Ialah panjang tangkai dia compare dengan durian kampung biasa.
    Isi kuning macam ni Mrs. A suka yummy!

    BalasPadam
  13. Panjang tangkainya.. selalu jumpa pendek je..

    BalasPadam