Isnin, 1 Jun 2020

Buah Nangka King

Salam bertani.

Wak ada menanam dua pokok nangka king di kebun. Sepohon  berusia tiga tahun dan sudah beberapa kali berbuah. Sepohon lagi masih kecil dan baru ditanam. Benih nangka king berasal daripada Thailand dan dibiakkan melalui cantuman sanding.

Sepohon nangka king dewasa itu sedang sarat berbuah. Wak bungkus lapan biji putiknya dan putik yang lain wak buang . Buah-buahnya bersaiz besar, lonjong dan panjang berbanding buah nangka madu dan nangka-nangka lain.


Sebiji buah nangka king yang bersaiz besar dan panjang
walau pun buahnya masih muda.


Pokok nangka king semasa berputik.
Mempunyai tangkai putik yang panjang.
Sebahagian putik buahnya sudah dibungkus.
Pokoknya terpaksa ditongkat.


Rupa bentuk putik buah nangka king


Sebiji buah yang dibuka balutannya.



5 biji buah nangka king yang dibuka balutannya.
Sebiji buah telah mencecah tanah.


2 biji buah nangka king yang masih muda.


Memerlukan masa lebih sebulan lagi sebelum dituai.
Saiznya akan lebih besar dan panjang apabila matang.

Salam bertani.

31 ulasan:

  1. seronoknya tengok hasil macam ni..tak sabar tunggu masak pula

    BalasPadam
  2. wow ni sekelas dengan musang king lah ye wak hehe :)

    BalasPadam
  3. sama ker dengan nagka madu nie Wak, boleh tahan ek pokok kecil jer buah berderet...

    BalasPadam
  4. Besaunyaaa... T_T

    My fevret nie buah nangka.. =D

    BalasPadam
  5. POKOKNYA KECIK SAJA BUAHNYA KAN MAIN BESAR

    BalasPadam
  6. pokok nangka ni kalau dah berbuah mesti sampai sengkleh pokoknya, kene tongkat...

    BalasPadam
  7. Saya ingat durian aje king, nangka pun ada ye Wak hehehe...muda masak lemak lada hitam sedapnya Wakkk

    BalasPadam
  8. Wah meriah betul buahnya wak...sy ada tanam nangka dari biji..isinya dulu sangat manis..pokok hidup tapi x tau bila agaknya boleh berbuah..

    Cantuman sanding tu mcmana wak

    BalasPadam
  9. Wah nangka king.Terus terbayabg warnanya dan macam terhidu aroma wanginya.

    BalasPadam
  10. Besarnya. Ingatkan durian je yang ada king. Nangka pun ada rupanya.

    BalasPadam
  11. Putik nangka king berbeza pula dengan putik nangka biasa ye Wak. Teringat masa kecil dulu, suka makan babal cicah garam!

    BalasPadam
  12. Assalam..
    buah nangka king tu lain mcm dia punya kulit tu kan..mmg mcm tu?

    BalasPadam
  13. Nangka king dapat seketul, kenduri satu taman..

    BalasPadam
  14. Dkt kebun nieyl pun ayah banyak tanam pokok, tappi x pasti nangka ada ke x..cantik je kulit dia, x buruk pun

    BalasPadam
  15. igtkan durian sahaja ada *king*

    BalasPadam
  16. Alhamdulillah, hasil keringat yang berbaloi

    BalasPadam
  17. baru tau ada nangka king.. besar betul

    BalasPadam
  18. nangka king ni boleh buat sayur tak?macam nangka sayur??

    BalasPadam
  19. sedapnya kalau buat koktel
    hehehe

    BalasPadam
  20. saya kalau dapat yang dah masak nangka king ni, makan gitu je.. tak pandang orang belakang dah.. hee~

    BalasPadam
  21. Rendang pokoknya, lebat buahnya..Alhamdulillah..

    BalasPadam
  22. Harap2 dahannya steady dapat tampung berat ya bila dah nak dekat masak.
    Kalau kat kebun kami yang buah nangka rendah ni dapat kat angsa bahagia sungguh diorang.

    BalasPadam
  23. wak klu dh dipotong nnt tunjuk isi dia..teruja nk tgok.

    BalasPadam
  24. Kesukaan saya buah nangka ini.. seronok bila buahnya menjadi.. bolehlah dituai hasilnya kan wak..

    BalasPadam
  25. nangka king nama dia ohhh. panjang betul buahnya..

    BalasPadam
  26. Unik putik buah nangka king tu. Tak pernah tengok rupanya camni

    BalasPadam
  27. SA suka nangka tapi sayangnya tak leh makan...

    BalasPadam
  28. Elok cantik buah nangka. Sedap makan buah nangka ni. Buat sayur pun sodap.

    BalasPadam
  29. geli pulak kita tengok putik nangka tu...macam ada ulat2 hahah..padahal bulu2 dia..

    BalasPadam
  30. Done follow #359
    Teringat umah kt kampung..

    BalasPadam