Rabu, 24 Jun 2020

Tanam Terung Panjang Unggu

Salam bertani.

Wak ada menanam beberapa pokok terung di dalam polibeg di tepi halaman rumah sebagai percubaan. Biasanya wak memanan pokok terung di atas batas untuk mendapatkan hasil yang banyak sehingga boleh dijual. Dalam zaman PKP ini, wak hanyak menanam beberapa pokok terung untuk  riadah dan kegunaan sendiri sahaja. Alhamdulillah, nampaknya sudah membuahkan sedikit hasil.


Buah terung panjang unggu.


Tanam pokok terung dalam polibeg
12 pokok semuanya
Sebahagiannya sudah mengeluarkan hasil


Buah muda terung panjang unggu


Baru berputik


Yang ni dah boleh dituai.
Sedap dimasak goreng berlada.

Buah terung panjang unggu kaya dengan vitamin, mineral dan serat yang diperlukan oleh badan kita. Ia juga dapat mengawal gula dalam darah dan dapat mengawal kadar kalesterol.  Terung panjang unggu juga boleh mengawal berat badan kerana mengandungi kadar kalori yang rendah. Ada banyak lagi manfaat kesihatan daripada terung panjang unggu ini.

Salam bertani.

21 ulasan:

  1. Terung ni kalau dibakar atas api dan kemudian buat ulam, cicah budu.

    BalasPadam
  2. terung ungu sedap dimasak apa saja tapi bagi yg alahan xtahan angin merusuh kembung

    BalasPadam
  3. Seronoknya tengok hasil pokok terung tu. Saya suka makan terung masak pajeri and sambal. Bakar and letak dalam telur dadar pun sedap!

    BalasPadam
  4. berapa lama pokok terung ni boleh membesar dan dituai hasilnya? pokok terung saya masih kecil lagi, baru tumbuh 6 helai daun..huhu..

    BalasPadam
  5. saya baru tanam terung juga, baru 3 minggu macam tu, tapi kacang botol dah berbunga, timun pulak dah banyak putiknya, tak saberr nak makan

    BalasPadam
  6. buat saluran youtube tuan. nanti sudah ramai pengikut view boleh apply adsense. utube indonesia banyak buat youtube tutorial cara tanam pokok sekian sekian.

    adsense ni banyak pantang larang yg keras. sekali kena blacklist selamat tinggal dan semua saluran kena buang. hahaha

    BalasPadam
  7. Terung ni buat ulam saja pun dah sedap.

    BalasPadam
  8. Suka terung goreng.. nyum.. nyum..

    BalasPadam
  9. waduh wak, tanam kat polibeg pun bukan main subur gini ye wak.... dana paling suka masak garang asem dengan terung ni, kadang masuk dalam kari atau masak lemak cili api sedap juga

    BalasPadam
  10. Seronoknya!
    Terung masak berlada...kegemaran saya :)

    BalasPadam
  11. terung pjg ni suka goreng/bakar simple..potong pjg, lumur dgn kunyit dan garam..sedap..

    BalasPadam
  12. alahai suburnya pokok terung. nak makan tinggal petik je.

    BalasPadam
  13. sy pernah buat tanaman terung kaedah nutri-pot, hasilnya lumayan betul tapi rupanya ramai org tak reti makan terung

    BalasPadam
  14. Wah sejuk tgn wak..tanam apa menjadi..sy tanam pokoknya matii..

    BalasPadam
  15. Sedap samada dibubuh dlm kari Ikan,dibuat Ikan,kerabu

    BalasPadam
  16. Alhamdulillah.. Menjadi hasilnya

    BalasPadam
  17. Memang sedap dibuat goreng berlada..

    BalasPadam
  18. Numpang promo ya gan
    kami dari agen judi terpercaya, 100% tanpa robot, dengan bonus rollingan 0.3% dan refferal 10% segera di coba keberuntungan agan bersama dengan kami ditunggu ya di dewapk^^^ ;) ;) :*

    BalasPadam