Ahad, 24 Februari 2019

Menanam Serai

Salam bertani

WP ada memulakan projek kecil-kecilan menanam 100 batang serai untuk kegunaan menjelang bulan Ramadan dan Syawal nanti. Anak benih serai diambil daripada beberapa rumpun serai dewasa untuk dibiakkan. Sebelum ditanam, bahan penanaman serai direndam beberapa hari sehingga mengeluarkan akar baru dan anak serai. Selepas itu baharulah ditanam di atas tanah. Memandangkan cuaca panas dan tidak hujan sekarang, pokok-pokok serai yang baru ditanam ini perlu disiram setiap hari.

Mudah-mudahan usaha suka-suka untuk riadah dan  mengeluarkan peluh ini akan memberikan hasil seperti yang diharapkan.


Bahan penanaman serai yang disediakan daripada
satu rumpun serai dewasa.


Bahan penanaman direndam beberapa hari sehingga
mengeluarkan akar dan anak serai.


Menanam tiga baris serai.
Satu batang serai ditanam pada satu lubang.



Keadaan pokok serai setelah beberapa minggu ditanam. 


33 pokok bagi setiap baris.


Setelah sebulan ditanam.
Sudah diberikan baja organik.


Keadaan terkini tanaman serai.
Baris pertama ditanam awal sedikit berbanding baris kedua dan ketiga.
Pokok-pokok serai agak lambat membesar kerana cuaca
yang sangat panas dan tiada hujan sekarang.

Salam bertani.

37 ulasan:

  1. Ya Allah bestnyaa tengok serai baris pertama tu tumbuh gemok ajeee..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang tu tanam awal sedikit berbanding baris ke-2 dan ke-3

      Padam
  2. byk permintaan bulan Ramadhan & Syawal..cantik kebun..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cadang nak tambah lagi beberapa baris.
      Tapi sekarang tengah musim panas tak sesuai nak menyemai.

      Padam
  3. Baru sebulan pun sudah tumbuh subur dan cantik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila dah 5 - 6 bulan bolehlah dituai.
      Sesuailah untuk bekalan bulan puasa dan raya nanti.

      Padam
  4. Alhamdulillah.Nampak sudah tumbuh daun-daunnya.Cantik dah tu.Syukur.Bila kurang hujan..pokok-pokok yang ditanam perlu perhatian lebih.Ramadhan pun dah tak lama.

    BalasPadam
  5. ada gak tanah cara macam ni.. hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Begitulah caranya kalau tanam kat tanah.
      Tak payah sedia batas.

      Padam
  6. Dah merimbun tu wak.. semoga semuanya berhasil

    BalasPadam
  7. Nampak subur serai Tuan WP..alhamdulillah

    BalasPadam
  8. kalau cukup bajanya, serai akan gemuk2

    BalasPadam
  9. Cheq ada tanam serai dalam satu pasu besar dulu, sekarang dah hampir penuh satu pasu tu. Best ada stok serai sendiri ni, bila2 masa pun boleh ambil bila ada keperluan 👍✨

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagus tu.
      Tanam belakang dapur.
      Bila nak, potong aje.

      Padam
  10. saya kalau tanam serai mesti kurus aje serai nya.tak tahu kenapa.jadi tak nak tanam dah.beli aje

    BalasPadam
  11. Bagusnya idea ni.. nak try dalam pasu la.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanam dalam pasu pun boleh.
      Tanam cara fertigasi pun boleh

      Padam
  12. Boleh buat duit juga ni dengan serai. Serai paha ayam sentiasa mendapat sambutan sebab besar dan gemuk.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha aa ni serai paha ayam.
      Lebih besar daripada serai kampung.

      Padam
  13. BUlan Ramadhan menjelang raya mesti ramai nak guna serai kan...

    BalasPadam
  14. Cepat juga membesar ya. Tempat kak kemarau panjang. Tanah kering habis termasuk serai. Terpaksa siram pagi petang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. dengarnya kat utara tengah musim panas dan kering.
      kat sini panas juga tapi adalah juga hujan sekali-sekali.

      Padam
  15. Bestkan..abah SA pun tanam serai kat tanah sekangkang kera depan rumah kami...serai yang jenis besar2 macam paha ayam...

    BalasPadam
  16. Namanya pun serai peha ayam
    Tapi serai kampung yang kecik2 tu lebih wangi

    BalasPadam
  17. Salam tuan tumpang iklan..mencari pembeli serai peha payam yg sudah siap dituai...area johor boleh ws:0137513861 @ emailemail t kasih admin

    BalasPadam
  18. Serai ni pewangi makanan. Takde serai tak jadi gulai lemak. Tomyam takde serai tak indah.

    BalasPadam
  19. numpang share ya min ^^
    Hayyy guys...
    sedang bosan di rumah tanpa ada yang bisa di kerjakan
    dari pada bosan hanya duduk sambil nonton tv sebaiknya segera bergabung dengan kami
    di DEWAPK agen terpercaya di add ya pin bb kami D87604A1 di tunggu lo ^_^

    BalasPadam
  20. Sy nk bli serai siapa ada serai nk jual hubungi sy..
    0138958909

    BalasPadam