Sabtu, 9 Februari 2019

Pokok Labu Manis

Salam bertani

WP memanan sepokok labu kuning/labu manis di tepi pagar rumah dan sudah mengeluarkan beberapa biji buah. Buah labu biasanya sedap dimasak lemak dicampur dengan sayuran lain atau udang. Ia juga sedap dibuat bingka atau kuih koci. Semasa kecil dahulu WP sekeluarga biasa makan labu kuning rebus sebagai sarapan pagi atau minum petang. Pucuk labu muda juga sedap dimasak lemak atau tumis.

Pokok labu boleh hidup subur di kawasan tanah bakar atau tahan yang kaya dengan organik. Ia tidak perlukan sokongan walaupun pokoknya hidup menjalar dan memerlukan pencahayaan penuh untuk pembentuka bunga dan buah.


Sebiji buah labu manis yang hampir matang


Inilah sepohon labu manis di tepi pagar rumah


Jambak bunga betina yang akan menghasilkan buah labu.


Jambak bunga jantan yang menghasilkan debunga.


Buah labu manis muda


Dibalut dengan surat khabar untuk mengelakan kerosakan


Buah labu manis yang sudah boleh dituai.
Tangkai buah bertukar warna kuning.


Buah labu manis/labu kuning ini dikatakan mengandungi pelbagai khasiat kesihatan dan perawatan. Ia rendah kalori dan tinggi serat sesuai dijadikan makanan diet, mengawal kalesterol dan melawaskan pencernaan. Buah labu kuning juga boleh mencantikan kulit dan mencegah penuaan awal kerana kaya dengan vitamin, mineral,serat dan antioksidan.

Ia dapat mengawal tekanan darah kerana mengandungi kalium yang tinggi. Selain itu, pemakanan labu manis dapat meningkatkan sistem kekebalan tubuh, mencegah kanser dan memelihara kesihatan jantung.

Salam bertani.

35 ulasan:

  1. labu direbus dan dimasak begitu sahaja pun sedap

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wak masa kecik2 dulu selalu sarapan labu rebus

      Padam
  2. Bestnya ada pokok labu, nak cuba tanam jugalah nanti..teringin nak makan bunga labu goreng celup tepung! 😋

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanam sepokok tu adalah 5 -6 biji buahnya yang jadi.
      belum pernah buat bunga labu goreng celup tepung.

      Padam
  3. rasa teliur pulak nak makan masak lemak umi bila tgok labu tuu

    BalasPadam
  4. Asalam WP..blog ni lebih ringan mesra ruangan komentar..bukan Google + dah..
    seronok membaca gambar2 menarik buah labu..memang ramai suka buah labu ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. G+ dah gone.
      tapi habis komen2 lama dibawa sekali.

      Padam
  5. Ya Allah. . Berbudi kepada tanah pasti ada hasilnya kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanam suka2 aje tepi rumah.
      Dapatlah buat makan sendiri.

      Padam
  6. Segarnya labu.. byk.ilmu bertambah yg mama xtau

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye buah labu memang banyak khasiatnya
      Apatah lagi kalau kita tanam sendiri tak guna bahan kimia.

      Padam
  7. labu kuning ni feveret saya sekeluarga...tumis air dan tambah santan...sedap sangattt!

    BalasPadam
  8. Sedapnya..buat pengat labu campur biji sagu..

    BalasPadam
  9. Orang tua-tua suka makan labu terutama yang berpenyakit

    BalasPadam
  10. Sha tak berapa suka makan labu.. Selalunya kalau buat gulai, memang ambil kuahnya sahaja.. :)

    BalasPadam
  11. masak pengat pun sedap, tambah sagu biji

    BalasPadam
  12. KAK DULU SUKA TANAM LABU BERGOLEKGOLEK BUAHNYA...LABU YG HALUS ISINYA SEDAP DIMASAK SAYR R BUAT KUIH

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pelbagai kegunaannya.
      Lagi pun buah labu boleh simpan lama

      Padam
  13. Walaupun labu ni mudah hidup tapi dalam tempoh menanam 5 tahun ini labu saya tak pernah menjadi besar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Labu suka hidup kat tapak tempat pembakaran
      atau guna tanah bakar, tentu subur dan rajin berbuah

      Padam
  14. Biasa petik buah labu di perbatasan sawah. Sekarang tak ada tempat nak tanam labu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Orang dulu2 memang suka tanam labu kat batas sawah.
      Tak payah siram

      Padam
  15. Baru lepas masak lemak putih labu..
    Buat pengat pun sedap..😋

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pelbagai kegunaannya.
      Emak WP terror buat kuih koci labu

      Padam
  16. saya cukup suka makan labu.. tambah2 ni makanan kegemaran Rasulullah.. pernah juga tanam sekali lepas tu x nk dah sbb buah x berapa nk menjadi. :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau beli kat pasar pun tak mahal buah labu ni.
      Ada yang dah dipotong2.

      Padam
  17. Sayangnya SA tak boleh makan labu..semput...

    BalasPadam
  18. Owh orang semput tak boleh makan labu ek

    BalasPadam